Thursday, September 29, 2011

Pandai-pandailah bawa diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seronok kan masuk universiti. Semua di kalangan kita akan merasa gembira dan teruja berasa di puncak tertinggi pendidikan. Salah satu sebab adalah kebebasan. Bebas untuk memilih jurusan, bebas masuk kelas, bebas duduk di mana-mana kerusi dalam kelas, bebas nak makan di mana-mana sahaja, bila-bila masa, bebas untuk berpakaian (saya rasa UPSI strict sikit di sini) dan juga "mungkin" bebas berfikir.

Pengalaman penulis pada ketika ini, kita akan didekati dengan jenis dan ragam individu yang membawa fahaman atau ideologi masing-masing. Ada dari UMNO, PAS, ABIM, Tabligh, JIM, IRC dan sebagainya. Ini belum masuk ajaran sesat atau fahaman komunisme, sosialisme, feminisme, hedonisme dan macam-macam isme lagi.

Itu dari segi ideologi. Kalau nak cerita pengaruh ada Black Metal, rambut ala Justin Bieber atau Lady Gaga, suka keluar malam, main snooker, merokok, kaki perempuan dan macam-macam lagi. Boleh culture shock dibuatnya.

Bukan mudah untuk pihak universiti untuk memantau segala pergerakan pelajar, tambahan lagi pelajar diberikan lebih kebebasan untuk menentukan gaya hidup masing-masing. Oleh yang demikian, pandai-pandailah bawa diri. Jaga akhlak, ingat ibu-bapa dan yang paling penting, memetik rukunegara yang pertama "Percaya kepada Tuhan".

2 comments:

  1. salam....sebab itu Islam menggariskan beriman pada Al Quran.. hari Akhirat hadis2 nabi...tidak tinggal solat...bila ruh islam tu tertanam...nescaya perkara2 negetif tidak akan menular dalam kehidupan kita...InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. memang benar..malah jati diri juga penting supaya tidak terpengaruh dan terikut-ikut akan budaya bangsa lain...apa-apa pun berbalik pada agama.Islam adalah cara hidup yang amat sempurna.

    ReplyDelete