Sunday, October 25, 2009

MyGuru2 juarai Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat Peringkat Negeri


Tahniah kepada Sistem Pembelajaran Elektronik MyGuru2 kerana telah berjaya mendapat tempat pertama Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat peringkat Negeri Perak. Anugerah telah disampaikan sendiri oleh Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada Hari Kualiti Sektor Awam Negeri Perak pada 22 Oktober lalu.

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada kerja keras dan penat lelah UPSI khususnya Pusat ICT dalam menjadikan sistem maklumat berkomputer sebagai medium perantara yang berkesan dalam meningkatkan produktiviti jabatan. Tanpa dapat dinafikan, era IT pada masa kini membutuhkan data yang lebih besar dan kompleks, sekaligus menyebabkan peranan komputer mendahului manusia dalam melaksanakan tugas.

Menyedari hakikat tersebut, MyGuru2 dibangunkan tidak lain tidak bukan bagi membantu pensyarah berinteraksi dengan pelajar dengan lebih mudah, cepat dan fleksibel. Nota dan kerja masih boleh diberi walaupun pensyarah tiada kelas, forum menjadi medan perbincangan dan perkongsian pendapat, kuiz atas talian bagi menggantikan penggunaan kertas dan ruang yang banyak serta banyak lagi kelebihan yang boleh digunakan oleh pelajar dan pensyarah melalui MyGuru2.

Insya Allah, dengan kemenangan ini, team MyGuru2 akan bekerja lebih kuat lagi dalam menjadikan MyGuru2 sebuah sistem yang benar-benar dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam meningkatkan prestasi masing-masing. Kita sekarang sedang merancang untuk membolehkan MyGuru2 boleh dilayari dengan lebih mudah pada mobile dan HP. Ini bertujuan memudahkan lagi pensyarah atau pelajar yang melayari WAP / 3G menggunakan MyGuru2.

Kita doakanlah yang terbaik untuk sistem-sistem kita demi kemajuan berterusan buat UPSI yang kita cintai.

Tuesday, October 13, 2009

17582 : Rekod Hits bagi MyGuru2


Sebelum ini, MyGuru2 pernah mencatat rekod capaian harian sehingga 10,000. Biasanya capaian harian MyGuru2 hanyalah 5000 ke 7000 sahaja. Malah, pada semester ini, kebiasaan tersebut menjunam sedikit kepada 3000-4000 sehari.

Namun semalam (13 Oktober 2009), MyGuru2 telah memecahkan rekodnya sendiri dengan hits 17,582. Nampaknya keupaayaan server MyGuru2 telah menerima ujian yang berat dengan menerima capaian harian yang agak banyak, dan ternyata masih mampu menerimanya tanpa down.

Sebab hits tersebut meningkat dengan mendadak, pastinya kerana pelajar sarjanamuda perlu mengisi Penilaian Pembelajaran secara atas talian kepada pensyarah-pensyarah mereka. Kaedah ini ternyata jauh lebih baik, murah dan menyenangkan dari pelajar terpaksa mengisi 5 atau 6 borang OMR setiap semester.

Wednesday, October 7, 2009

KEKELIRUAN SENARAI KUMPULAN KURSUS PENSYARAH DAN PELAJAR

Assalamualaikum

Pada waktu ini, pensyarah dan pelajar akan dapati terdapat pertambahan kumpulan di dalam kursus masing-masing. Kekeliruan tersebut berlaku kerana kumpulan untuk semester akan datang juga dipaparkan dan sedang diproses di dalam Sistem Maklumat Pelajar UPSI (MySIS). Oleh yang demikian, pensyarah dan pelajar tidak perlu risau tentang perkara ini dan tumpukan kepada kumpulan semester ini sahaja.

Untuk Penilaian Pembelajaran yang akan diadakan bermula 12 Oktober 2009, senarai kumpulan kuliah adalah mengikut maklumat dari MySIS.

Sekian, terima kasih.

Thursday, October 1, 2009

Testing Modul Survey

Testing modul Penilaian Pembelajaran telah diadakan ke atas beberapa kursus seperti TBE3013, TBT3013 dan TMP2023. Terima kasihlah kepada pensyarah-pensyarah yang sedia membuka kursus mereka untuk pengujian.

Setakat hari ini, respon yang diterima adalah lebih kurang 170 orang. Satu angka yang agak sedikit jika dibandingkan dengan jumlah pelajar subjek terlibat yang berjumlah lebih 500 orang.

Mohon untuk pelajar-pelajar yang terlibat menyertai soal selidik dan boleh e-mail saya (wiraputra@ict.upsi.edu.my) jika masih terdapat kekurangan yang perlu diatasi.