Tuesday, January 24, 2012

Selamat Tahun Baru Cina

Melayu, Cina, India,Kadazan,Iban dan lain perlu saling berterima kasih kerana membangunkan negara ini. Setiap orang ada bidang masing-masing dan tidak akan berjaya Malaysia ke tahap ini jika individu tersebut meninggalkan bidang mereka. Perpaduan antara bangsa ini seharusnya menjadi kebanggaan kita semua dalam memacu negara dan bangsa menjadi maju.

Kita tidak harus tunduk atau mudah terpengaruh dengan anasir jahat yang cuba mewujudkan sikap syak wasangka antara satu sama lain. Mereka akan sentiasa membangkitkan api perkauman demi survival politik mereka. Kita telah berada di alaf baru dan sebagai umat yang berfikiran terbuka dan matang, kita tidak patut terbelenggu lagi dengan pemikiran kolot yang menyebabkan bangsa dan negara mundur.

Terima kasih Ahmad, terima kasih Ah Chong, terima kasih Raju. Selamat Tahun Baru Cina!

Sunday, January 15, 2012

YBhg. Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa

Pasukan MyGuru Pusat ICT UPSI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa, Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris diatas kurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kedah Darul Aman (Darjah Setia DiRaja Kedah) sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Yang Ke-84  pada 15 Januari 2012.

Semoga pengurniaan ini meningkatkan lagi iltizam dan semangat YBhg. Dato' untuk menerajui UPSI ke mercu kejayaan.