Thursday, June 4, 2015

MyGuru3 : Secebis senyuman

Salam 2 All

Hari ini 5 Jun 2015 adalah hari terakhir konvokesyen UPSI kali ke-17. Kali ini ianya melibatkan leboh 6000 pelajar PJJ Kohort 1. Rasanya sekejap saja masa berlalu. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana kelam kabutnya menguruskan pendaftaran dan latihan 6500++ pelajar PJJ yang pertama pada tahun 2011. Ini diikuti dengan capaian sistem yang sangat perlahan apabila semua pelajar secara serentak menghantar tugasan. Memang teruk, dengan emel, panggilan yang tak henti-henti. Bukan pelajar sahaja, sehingga NC dan TNCA pun masuk campur.

Namun kami bersyukur kerana kejadian tersebut menjadi satu 'turning point' yang penting dalam sejarah e-Pembelajaran UPSI iaitu penggunaan pengkomputeran awan (cloud computing). Maka lahirlah MyGuru3 yang se
penuhnya diletakkan dalam awan.

Menakjubkan apabila selepas itu, proses PNP pelajar PJJ tidak banyak mengalami masalah dari segi capaian. Buktinya adalah keratan akhbar ini. Di sebalik komen-komen dan kritikan yang diterima, tidak semestinya melalui Unit E-Pembalajaran tetapi juga Pusat ICT, kami rasa ia boleh menjadi secebis senyuman yang mekar sekurang-kurangnya untuk hari ini.

Keratan Berita Harian. Terima kasih BPG PJJ