Thursday, March 3, 2011

E-PORTFOLIO

Assalamualaikum

Selepas lebih sebulan dilancarkan, nampaknya tersangat sedikit pelajar yang telah memasukkan portfolio mereka ke dalam E-Portfolio MyGuru2. Mengapa ya?

Sebagai admin, saya dapat menjangka pelbagai jawapan seperti :

- Saya tak tahu guna la, nak masuk MyGuru2 pun terkial-kial lagi
- Takdok latihe ko, kawe tok gheti nk paka..
- WIFI tempat saya slow je..susah nak login
- E-Portfolio ni haper?? Makanan dalam tin ke? (harap xdele cmni)

Dan saya amat memahaminya. Begini, EP ni sebenarnya bertujuan membolehkan pelajar memasukkan portfolio masing-masing seperti resume, skills serta bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran anda selama di UPSI. Sebenarnya EP ni bagus, sebagai platform untuk pelajar bukan sahaja menyimpan maklumat bertulis tetapi juga fail berkaitan. Contohnya pelajar mungkin pernah membuat satu projek semasa sem 1. Biasanya bila dah tamat sem, projek tersebut kalau tak dibuang pun, akan bersepah mana-mana. Bila telah bergraduat, dah ready nak jadi cikgu, projek ke mana, fail ke mana..semua hilang.

Oleh itu, wajarlah untuk pelajar simpan segala bahan / artifak tersebut dalam EP kerana bahan-bahan tersebut amat berguna bukan sahaja semasa belajar tetapi juga bila dah jadi cikgu nanti.

So, jika ada yang tak faham tentang, boleh tanya, atau call PTPM (Pn Nadiah) direct pun tak apa..

Wassalam

PENDIDIKAN JARAK JAUH(PJJ)

Assalamualaikum dan apa khabar pelajar-pelajar UPSI sekalian

Lama juga saya tidak menulis di halaman ini lantaran kesibukan bekerja dan menyiapkan modul-modul (yang tak pernah siap) dalam sistem UPSI. Banyak event pelajar kebelakangan ini, pameran, pilihanraya, peperiksaan dan sebagainya. Saya jangka pelajar juga sibuk dan mungkin tak sempat menjengah pun blog ini. Apapun, saya jika boleh nak jadikan blog ini sebagai platform yang interaktif antara kita. Pelajar boleh bertanya, dan saya boleh menjawab. Tidak perlu terlalu formal, santai-santai pun tak jadi masalah.

Dalam entry ini saya ingin menulis tentang Program PJJ yang akan bermula pertengahan Mac ini. Saya tak jangka ramai pelajar yang tahu hal ini, kerana anda memang tak perlu tahu pun. Tak masuk exam pun..hehe. Tetapi sebagai informasi, UPSI akan menerima kehadiran 6000 pelajar baru. Nampak ramai kan, cukup ke asrama?!

Nanti dulu, mereka tidak kelas di sini, atau menginap di sini, atau sama-sama memenuhkan warung burger kukus di sini, kerana mereka akan belajar secara jarak jauh. Ertinya kelas bersemuka mungkin hanya sebulan sekali atau 2 kali, pembelajaran dibuat secara video conferencing, nota pun dari MyGuru2 atau Xythos.

Mungkin ada antara anda yang terfikir "Seronok juga kan belajar jarak jauh ni"..hehe..haah, mmg seronok sangat. Kekurangannya anda tidak dapat berjumpa dengan pensyarah anda secara bersemuka untuk menuntut ilmu secara terus. Teruk juga sebenarnya tambahan lagi jika anda mahukan ilmu yang banyak. Nak tanya soalan susah, nak kongsi pengalaman susah..sebab pensayarah mungkin 200km jauh dari anda.

Oleh itu, bersyukur anda boleh belajar secara sepenuh masa dan dapat berinteraksi sepanjang masa secara terus dengan pensyarah pada waktu kuliah. Kerana biladah jarak jauh, macam kahwin jarak jauh jugaklah. Rindu, sayang..tapi bila nak sentuh...ala bang, jauh sangat!

Wassalam