Thursday, September 29, 2011

Pandai-pandailah bawa diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seronok kan masuk universiti. Semua di kalangan kita akan merasa gembira dan teruja berasa di puncak tertinggi pendidikan. Salah satu sebab adalah kebebasan. Bebas untuk memilih jurusan, bebas masuk kelas, bebas duduk di mana-mana kerusi dalam kelas, bebas nak makan di mana-mana sahaja, bila-bila masa, bebas untuk berpakaian (saya rasa UPSI strict sikit di sini) dan juga "mungkin" bebas berfikir.

Pengalaman penulis pada ketika ini, kita akan didekati dengan jenis dan ragam individu yang membawa fahaman atau ideologi masing-masing. Ada dari UMNO, PAS, ABIM, Tabligh, JIM, IRC dan sebagainya. Ini belum masuk ajaran sesat atau fahaman komunisme, sosialisme, feminisme, hedonisme dan macam-macam isme lagi.

Itu dari segi ideologi. Kalau nak cerita pengaruh ada Black Metal, rambut ala Justin Bieber atau Lady Gaga, suka keluar malam, main snooker, merokok, kaki perempuan dan macam-macam lagi. Boleh culture shock dibuatnya.

Bukan mudah untuk pihak universiti untuk memantau segala pergerakan pelajar, tambahan lagi pelajar diberikan lebih kebebasan untuk menentukan gaya hidup masing-masing. Oleh yang demikian, pandai-pandailah bawa diri. Jaga akhlak, ingat ibu-bapa dan yang paling penting, memetik rukunegara yang pertama "Percaya kepada Tuhan".

Selamat datang ke UPSI!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelajar baru datang lagi ke UPSI, gedung ilmu pendidikan yang terulung di Malaysia. Tempat lahirnya negarawan serta tokoh-tokoh pendidikan seperti Ibrahim Yaakob, Ghaffar Baba, Buyong Adil, Zaaba dan ramai lagi. Untuk pelajar-pelajar yang baru mendaftar termasuklah guru-guru dari program PJJ, anda mempunyai sebab yang sangat banyak untuk merasa bangga, digelar warga UPSI. Kadangkala kita merasa seperti mudah ke universiti, disebabkan kita telah layak. Tetapi cuba kita selami mereka yang tidak layak, dan kita akan sedar diri kita adalah sebilangan kecil sahaja insan terpilih untuk melanjutkan pengajian ke menara gading. Sedangkan yang lain mungkin terpaksa melalui jalan yang lebih panjang dan berliku untuk menjadi manusia yang berpendidikan.

Buat pelajar PJJ, tugasan besar bakal menanti anda kerana pembelajaran secara online dan jarak jauh hakikatnya lebih mencabar. Untuk menyamakan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P & P) setara dengan pelajar sepenuh masa, anda perlu diberikan banyak latihan, ujian serta forum untuk diberi maklumbalas. Kesemua ini perlu dilakukan melalui MyGuru2. Di saat pelajar UPSI boleh berjumpa secara terus dengan pensyarah dan menghadiri kuliah, anda perlu berkomunikasi melalui forum, e-mel atau telefon.

Tetapi jangan risau, anda tidak berseorangan kerana bersama adalah 7000 guru-guru yang mengambil program yang sama. Belajar dan teruskanlah pengajian dengan sabar dan cekal, kerana harga sebuah Sarjana Muda bukanlah murah. Ia memerlukan pengorbanan samada dari segi tenaga, masa, wang ringgit dan masa bersama keluarga. Apapun jangan menyerah, kerana kualiti inilah yang paling kita perlukan dalam mendidik anak bangsa.

SELAMAT BELAJAR!

Wednesday, September 14, 2011

MyGuru2 di PECIPTA 2011

Ketika entry ini ditulis, saya masih di KLCC untuk pameran PECIPTA 2011 yang masuk hari kedua. Apa PECIPTA ini? Ia adalah singkatan kepada Persidangan dan Expo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi.

Kepada yang baru membaca entry ini dan jika sempat, persidangan ini akan diadakan sehingga esok. Saya amat menggalakkan pelajar, pensyarah atau staf datang ke KLCC. Free entry, jangan risau. Tapi banyak ilmu yang kita akan dapat kerana di sini dipamerkan beratus-ratus hasil penyelidikan dan ciptaan bukan sahaja dari IPT, malah industri dan sekolah-sekolah. Ada penyelidikan dalam sains, teknologi, IT, human development dan sebagainya. Seronok dapat melihat ciptaan seperti Penyimpanan Maklumat Rahsia dalam Imej, Menghasilkan Antena TV yang lebih mantap berasaskan bahan-bahan yang biasa dijumpai atau alatan auto pilot untuk traktor.

UPSI sendiri menghantar 18 pencalonan termasuklah 2 daripadanya adalah ciri dalam MyGuru2. Implementasi OBE dan E-Portfolio. Agak bangga juga apabila kedua-dua ini adalah hasil tangan saya dan rakan-rakan dalam pasukan MyGuru2. Dapat pingat atau tidak adalah perkara kedua. Kalau dapat Alhamdulillah, tak dapat pun Alhamdulillah. Yang penting kami berpeluang berkongsi pengetahuan dengan pengujung di sini. Ada antara mereka adalah profesor, ada juga lawyer, ada juga dari industri yang sentiasa melihat-lihat produk yang boleh dikomersilkan.

Siapa sangka sewa tapak + bina booth ni sama harga dengan sebuah rumah teres setingkat!
Oleh yang demikian kepada yang berkesempatan, bolehlah hadir ke PECIPTA di Hall 4 dan 5 KLCC dari jam 9 pagi sehingga 4 petang sehingga 15 September (esok le..)

Thursday, September 8, 2011

PJJ : PEMBAYARAN MODUL UNTUK AMBILAN MAC 2011

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 
 
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PJJ AMBILAN MAC 2011
SILA BUAT PEMBAYARAN UNTUK MODUL DI BANK ISLAM YANG BERDEKATAN. TARIKH AKHIR PEMBAYARAN ADALAH PADA 13 SEPTEMBER 2011. MOHON RUJUK LINK UNTUK 

CARA PEMBAYARAN. LINK ADALAH SEPERTI BERIKUT :


KAEDAH PEMBAYARAN MODUL DI BANK ISLAM
SENARAI CAWANGAN BIMB 
 
UNTUK PENGETAHUAN, PELAJAR YANG TIDAK MEMBAYAR MODUL TIDAK BOLEH MENCAPAI KURSUS DALAM SISTEM MyGuru2.
 
SEKIAN, TERIMA KASIH. 
 
ARAHAN
PUSAT PENGAJIAN LUAR (PPL)

Monday, September 5, 2011

UPSI bertukar Naib Canselor



Pengumuman dari Bahagian Govenan UPSI,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa tempoh pelantikan Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Aminah binti Ayob sebagai Naib Canselor UPSI telah tamat pada 31 Ogos 2011 yang lalu. Sehubungan itu, Y. Bhg. Prof. Dr. Zakaria bin Kasa, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)  telah dilantik oleh YB Menteri Pengajian Tinggi untuk memangku jawatan Naib Canselor mulai 1 September 2011 sehingga pelantikan rasmi dibuat mengikut Seksyen 12(7) Perlembagaan UPSI.
 
Pasukan MyGuru2 ingin turut mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Aminah atas jasa yang telah dicurahkan selama ini di UPSI.  Semoga jasa itu akan kekal sebagai amal jariah yang tidak ternilai harganya.  Kami doakan semoga Yang Berbahagia Profesor Datuk akan terus sihat, gembira dan memberi sumbangan tanpa henti-henti.

Kami juga mengalu-alukan perlantikan Profesor Dr Zakaria sebagai Pemangku Naib Canselor.  Semoga berjaya meneruskan kejayaan yang telah diukir oleh Naib-Naib Canselor terdahulu.

Saturday, September 3, 2011

Pro Canselor UPSI Dr Abdul Shukor meninggal dunia

Diperik dari Utusan Malaysia Online - Terkini

TAIPING 31 Ogos – Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Dr Abdul Shukor Abdullah meninggal dunia di sini pada pukul 1.20 pagi ini.

Allahyarham berusia 67 tahun.

Jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah Assam Kumbang dan kemudiannya dibawa ke Putrajaya untuk dikebumikan selepas solat Asar.

Pagi ini, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah berangkat menziarahi dan memberi penghormatan terakhir, serta bersama-sama menyembahyangkan jenazah Allahyarham.

Abdul Shukor ialah bekas Ketua Pengarah Pendidikan.

Diserang lagi..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam saya lihat ada lagi surat pelajar yang menyerang UPSI, kali ini datangnya dari pelajar PPG PJJ. Surat tersebut menzahirkan ketidakpuasan hati pelajar berkenaan kerana program PJJ dikatakan bercelaru dan tidak diurus dengan baik.

Sebagai pentadbir di UPSI tentunya kami agak terasa dengan 'pujian' sedemikian. Apa yang boleh dikatakan adalah program sebegini adalah pertama kali diadakan dan pastinya akan terdapat kelemahan di sana sini. Sedang UMS yang hanya mengurus 800 pelajar PJJ pun kelam kabut, inikan pula UPSI yang perlu mengkoordinasi 6800 pelajar dari 14 negeri.

Kualiti UPSI dalam mengeluarkan guru-guru berkualiti tidak boleh dipersoalkan kerana kami memang berpengalaman luas dalam bidang itu. Tetapi PJJ adalah kes berlainan kerana ini adalah pendekatan  baru. Cara pengajaran dan pembelajaran jauh berbeza dan cabaran utama kami adalah bagaimana memastikan pelajar PJJ mendapat ilmu pengetahuan yang setara dengan pelajar sepenuh masa.

Tindakan pelajar berkenaan yang menghantar surat menyerang UPSI di dada akhbar ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakar, dan nyata tidak menguntungkan sesiapa. UPSI mendapat nama buruk dan pelajar juga akan memikul nama varsiti yang sama.

UPSI telah mewujudkan Pusat Pendidikan Luar (PPL) untuk menguruskan hal PJJ dan seharusnya pelajar membuat aduan atau mendapatkan nasihat di saluran ini.

Pastinya pelajar yang menghantar tugasan dengan betul akan mendapat markah yang lebih tinggi dari yang tidak menghantar tugasan atau silap menghantar tugasan. Sebab itu komunikasi dengan pensyarah amat penting untuk memastikan  tiada salah faham berlaku.

Apapun, kepada lain-lain pelajar selain dari yang menghantar surat, UPSI telah mencuba yang terbaik bukan sahaja memastikan anda berjaya mendapat segulung ijazah, tetapi ilmu yang semantap dan secukupnya untuk bergelar guru siswazah yang cemerlang.