Wednesday, September 14, 2011

MyGuru2 di PECIPTA 2011

Ketika entry ini ditulis, saya masih di KLCC untuk pameran PECIPTA 2011 yang masuk hari kedua. Apa PECIPTA ini? Ia adalah singkatan kepada Persidangan dan Expo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi.

Kepada yang baru membaca entry ini dan jika sempat, persidangan ini akan diadakan sehingga esok. Saya amat menggalakkan pelajar, pensyarah atau staf datang ke KLCC. Free entry, jangan risau. Tapi banyak ilmu yang kita akan dapat kerana di sini dipamerkan beratus-ratus hasil penyelidikan dan ciptaan bukan sahaja dari IPT, malah industri dan sekolah-sekolah. Ada penyelidikan dalam sains, teknologi, IT, human development dan sebagainya. Seronok dapat melihat ciptaan seperti Penyimpanan Maklumat Rahsia dalam Imej, Menghasilkan Antena TV yang lebih mantap berasaskan bahan-bahan yang biasa dijumpai atau alatan auto pilot untuk traktor.

UPSI sendiri menghantar 18 pencalonan termasuklah 2 daripadanya adalah ciri dalam MyGuru2. Implementasi OBE dan E-Portfolio. Agak bangga juga apabila kedua-dua ini adalah hasil tangan saya dan rakan-rakan dalam pasukan MyGuru2. Dapat pingat atau tidak adalah perkara kedua. Kalau dapat Alhamdulillah, tak dapat pun Alhamdulillah. Yang penting kami berpeluang berkongsi pengetahuan dengan pengujung di sini. Ada antara mereka adalah profesor, ada juga lawyer, ada juga dari industri yang sentiasa melihat-lihat produk yang boleh dikomersilkan.

Siapa sangka sewa tapak + bina booth ni sama harga dengan sebuah rumah teres setingkat!
Oleh yang demikian kepada yang berkesempatan, bolehlah hadir ke PECIPTA di Hall 4 dan 5 KLCC dari jam 9 pagi sehingga 4 petang sehingga 15 September (esok le..)

1 comment:

  1. Tahniah untuk hasil usaha anda sepasukan....Bangga jadi warga UPSI.

    ReplyDelete