Friday, December 30, 2011

2012!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pentadbir dan pasukan MyGuru2 Pusat ICT mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua warga Suluh Budiman sekalian. 

2011 pergi meninggalkan kita selamanya dengan 1001 kenangan pahit dan manis, kejayaan, kegagalan, kegembiraan, kesedihan. Lumrah kehidupan itu pasti berlaku dalam apa tahun sekalipun, kerana kita hanya manusia yang lemah. Kita tidak mampu menjadikan 365 hari kita dalam tahun ini penuh dengan kegembiraan dan langsung tiada kesedihan.

Apapun warna kehidupan ini perlu kita tangani sebagai cabaran yang membuatkan kita lebih matang, tabah, bijak dan berdikari. Bak kata pepatah "Things that cannot kill me makes me stronger". 2012 hanyalah satu lagi tahun yang perlu kita hadapi, ianya tiada 'ong', dan tiada jugs 'sial'. Kitalah yang akan mencorakkan tahun kita dengan keazaman dan ketabahan yang utuh untuk menjadi lebih baik atau lebih buruk. Allah juga telah berfirman "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka".

Oleh yang demikian, warga UPSI khususnya pelajar perlu berusaha gigih dalam mencapai cita-cita masing-masing serta melakarkan sedikit senyuman buat ayah dan ibu. Hari-hari yang lepas biarlah ia berlalu sebagai sejarah, kerana perjalanan kita di hadapan amat jauh, mungkin 100 batu, 1000 batu atau 10000000 batu lagi! Teruskan belajar untuk membimbing anak bangsa di masa hadapan!

MyGuru TECHNOLOGY UPDATE : PILIH LEBIH DARI SEORANG PELAJAR / PENSYARAH DALAM PRIVATE MESSAGE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada semua pensyarah dan pelajar,

Pasukan MyGuru Pusat ICT telah mengubahsuai modul Private Message dengan membolehkan pensyarah memilih lebih dari satu pelajar untuk menerima mesej.

Kaedahnya :

1. Klik pada Private Message kumpulan masing-masing.
2. Klik pada butang Compose untuk menghantar mesej.
3. Klik pada link 'Search Members', senarai pelajar dan pensyarah dalam kumpulan akan dipaparkan.
4. Klik pada kotak check (pada kiri nama pelajar) untuk memilih pelajar.
5. Tekan butang Send untuk hantar ke pelajar berkenaan.

Melalui pengubahsuaian ini, pensyarah dan pelajar hanya perlu mencipta satu mesej yang boleh dihantar kepada lebih dari seorang ahli kumpulan.

Selamat Mengaplikasikan E-Pembelajaran!

Sekian, terima kasih.

P/s : Terima kasih kepada Tn Hj Nazri Md Saad atas cadangan bernas ini.

Tuesday, December 13, 2011

PJJ ke MyGuru3

Mulai 15 Disember 2011 jam 7.00 pagi, insya Allah semua pelajar dan pensyarah PJJ akan memasuki MyGuru3 untuk ke subjek PJJ. Pelajar lain akan kekal menggunakan MyGuru2.

Cara menggunakan MyGuru3 sama sahaja dengan myGuru2. Tiada yang berbeza. Bezanya hanya pada platform yang mana MyGuru3 akan menggunakan perkomputeran awan (Cloud Computing). Insya Allah pelajar PJJ akan mendapat akses yang lebih laju dan stabil selepas ini. Sama-samalah kita doakan.

Alamat MyGuru3 (http://myguru3.upsi.edu.my).