Saturday, October 6, 2012

i-Ray juara KIK Perak

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pusat ICT UPSI atau dikenali dengan nama i-Ray sekali lagi mencipta kejayaan penuh gilang gemilang apabila muncul juara Konvensyen KIK Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan pada 7 Oktober lalu. I-Ray menewaskan 20 pencabar lain yang terdiri dari badan-badan kerajaan di negeri Perak yang turut bersaing dalam kategori pengurusan dengan membawa tajuk "Kelewatan Pelajar Mendapatkan Kad Matrik semasa Hari Pendaftaran". Kejayaan membanggakan ini adalah yang kedua selepas mereka berjaya mengharumkan nama UPSI melalui projek yang sama apabila berjaya dinobatkan Naib Juara Konvensyen KIK IPTA 2012.

i-Ray juara Anugerah YAB Menteri Besar

Kemenangan ini membolehkan i-Ray memahat UPSI sekali lagi sebagai universiti yang menghasilkan pemenang serta dianugerahkan piala kemenangan serta anugerah YAB Menteri Besar Perak sebanyak RM5000.

Tahniah sekali lagi!

MyGuru dipilih AIM sebagai Projek Inovasi Negara

Sistem MyGuru dipilih oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) sebagai antara 7 projek inovasi terpilih negara sebagai perintis Peluang Perniagaan Inovasi (IBO) yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Tarikh pelancaran dijadualkan pada 10 Oktober 2012 di Lobi Parlimen Malaysia.

Peluang Perniagaan Inovasi ini akan ditawarkan kepada masyarakat perniagaan Malaysia dan pelaburpelabur secara bidaan kompetitif yang telus. Setiap IBO akan dinilai sepenuhnya oleh AIM yang menetapkan proses yang ketat dan menerusi pengajian akademik yang meluas bagi memastikan hanya inovasi dengan potensi pengkomersialan tertinggi akan diketengahkan.