Friday, December 30, 2011

2012!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pentadbir dan pasukan MyGuru2 Pusat ICT mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua warga Suluh Budiman sekalian. 

2011 pergi meninggalkan kita selamanya dengan 1001 kenangan pahit dan manis, kejayaan, kegagalan, kegembiraan, kesedihan. Lumrah kehidupan itu pasti berlaku dalam apa tahun sekalipun, kerana kita hanya manusia yang lemah. Kita tidak mampu menjadikan 365 hari kita dalam tahun ini penuh dengan kegembiraan dan langsung tiada kesedihan.

Apapun warna kehidupan ini perlu kita tangani sebagai cabaran yang membuatkan kita lebih matang, tabah, bijak dan berdikari. Bak kata pepatah "Things that cannot kill me makes me stronger". 2012 hanyalah satu lagi tahun yang perlu kita hadapi, ianya tiada 'ong', dan tiada jugs 'sial'. Kitalah yang akan mencorakkan tahun kita dengan keazaman dan ketabahan yang utuh untuk menjadi lebih baik atau lebih buruk. Allah juga telah berfirman "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka".

Oleh yang demikian, warga UPSI khususnya pelajar perlu berusaha gigih dalam mencapai cita-cita masing-masing serta melakarkan sedikit senyuman buat ayah dan ibu. Hari-hari yang lepas biarlah ia berlalu sebagai sejarah, kerana perjalanan kita di hadapan amat jauh, mungkin 100 batu, 1000 batu atau 10000000 batu lagi! Teruskan belajar untuk membimbing anak bangsa di masa hadapan!

1 comment:

  1. Salam...Selamat Tahun Baru 2012 juga pada admin...moga kerja buat kita selama ini diberkati dan ditunjukkan jalan yang benar...Sama2 kita mencorakkan azam yang positif ke arah kebaikan..Insyaallah..

    ReplyDelete