Tuesday, December 13, 2011

PJJ ke MyGuru3

Mulai 15 Disember 2011 jam 7.00 pagi, insya Allah semua pelajar dan pensyarah PJJ akan memasuki MyGuru3 untuk ke subjek PJJ. Pelajar lain akan kekal menggunakan MyGuru2.

Cara menggunakan MyGuru3 sama sahaja dengan myGuru2. Tiada yang berbeza. Bezanya hanya pada platform yang mana MyGuru3 akan menggunakan perkomputeran awan (Cloud Computing). Insya Allah pelajar PJJ akan mendapat akses yang lebih laju dan stabil selepas ini. Sama-samalah kita doakan.

Alamat MyGuru3 (http://myguru3.upsi.edu.my).

18 comments:

  1. Tahniah atas wujudnya MyGuru khas utk PJJ ini. Harapnya akses MyGuru untuk pelajar2 PJJ akan tiada masalah lagi selepas ini.
    Cuma nya, selaku salah seorang tenaga pengajar di UPSI ini, saya berasa sangat dukacita beberapa hari ini kerana akses ke MyGuru2 yang sangat lembab. Sedangkan, sekarang dah minggu 13, banyak perkara yang perlu dibuat dan markah perlu dimasukkan. Bila buka MyGuru2, semua connection out. Jadi, perasaan dukacita amat menghantui saya.
    Harapnya masalah ini tidak berlaku lagi selepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba login tadi 17/11/2012 jam 11:20pm tapi x dpt la: Server not found

      Delete
  2. Tahniah n syabas kepada admin kerana berjaya menjadikan MyGuru3 khas utk PJJ.Maka selepas ini tiada masalah kepada kami utk mengakses sedapat mungkin kerana dua tiga hari ini payah btul untuk akses MyGuru2 hingga saat ini ada lagi assigment kami yang tidak dpt dipostkan....

    ReplyDelete
  3. Syabas.Satu lagi penambahbaikan telah dilakukan. Terima kasih kepada pihak UPSI yang telah sedayanya memberikan yang terbaik buat pelajarnya.Semoga operasi MyGuru3 akan berjalan lancar seprti yang diharapkan . Terima kasih atas keprihatinan yang diberikan kepada pelajar PJJ.

    ReplyDelete
  4. Syabas diucapkan kepada pihak UPSI kerana telah berusaha memberikan yang terbaik kepada semua pelajar PJJ.Diharapkan operasi myGuru3 akan lebih baik dan lebih lancar selepas ini.Terima kasih atas komitmen,kesungguhan dan keprihatinan yang diberikan untuk kemudahan semua pelajar PJJ.

    ReplyDelete
  5. Tahniah myguru3 kerana banyak memberikan faedah dan peluang baik kepada kami students PJJ.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, diharap segalannya berjalan dengan lancar. Kemudahan yang lebih baik untuk Student PJJ. Terima kasih UPSI kerana memahami kami.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas sokongan semua pihak. Kami lakukan ini semua tidak lain hanya untuk memudahkan lagi pelajar PJJ. Biarlah cabaran hanya pada menjawab soalan, bukan pada menghantar soalan.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih dan tahniah atas pembaharuan yang telah dan sedang dilakukan...kerjasama pihak tuan telah banyak membantu saya dan rakan-rakan yang berada di seberang Laut China Selatan.Hanya doa dari kejauhan...

    ReplyDelete
  9. Tahniah di atas kejayaan Pihak UPSI mewujudkan myguru3, mudah-mudahan pembelajaran secara e-learning ini akan bertambah baik dari semasa ke semasa. Terima kasih UPSI..

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada Admin MyGuru3 kerana dapat mewujudkan laman ini yang khas untuk para guru PJJ UPSI yang kita harapkan tiada masalah yang akan mengganggu untuk menyiapkan tugasan dan sebagainya. C07

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada pihak UPSI kerana mewujudkan MyGuru3 untuk guru PJJ. Saya dapati MyGuru3 dapat mengases lebih laju dan diharapkan berterusan..Tahniah Admin MyGuru3.

    ReplyDelete
  12. Salam buat admin dan semua..
    Saya sangat suka dengan MyGuru3.Pertama kali melihatnya..aduhaii sejuk mata memandang..warna biru tu sangat sesuailah..almaklum AWANnano kan..hehe.~selalu buka MyGuru2..tapi dengan MyGuru3 berganda - ganda lagi rajinnya..eHeehe..padahal bendanya sama je...*sbb saya suka warna biru..:)~Saya percaya tentunya ada lagi 'projek akan datang yang hendak dibangunkan oleh ICT Centre UPSI...Teruskan berbakti...

    ReplyDelete
  13. Terima kasih dan tahniah diucapkan. Memang hebat UPSI. MyGuru3 lebih efisien dan mantap. Tahniah kpd warga UPSI terutama Bahagian TEknonogi. Syabas!

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.UPSI sentiasa bergerak ke depan dalam mengemaskini dan memantapkan sistem yang sedia ada.Apa yang dilakukan memberi manfaat kepada semua pengguna MyGuru.Jasa mereka yang terlibat harus dihargai.Tahniah UPSI.

    ReplyDelete
  15. Tahniah kepada UPSI kerana berupaya meningkatkan kelajuan sistem melalui myguru3. Cumanya saya tak tahu nak buka akademik pulak,sebab dulu buka portal dapatlah nak cari jadual dan lain2.

    ReplyDelete
  16. Tahniah kpd pihak pengurusan UPSI yg bergerak seiring dgn visi dan misinya. Bagi kami golongan pelajar sentiasa mengharapkan yg terbaik dan akan menjadi golongan yg boleh menyumbang sesuatu kebaik bila diperlukan.

    ReplyDelete
  17. Tahniah dan teruskan khidmat cemerlang

    ReplyDelete