Tuesday, October 18, 2011

Apabila berada dihujung due date

Pabila kelas sudah bermula tugasan juga telah bermula. ada lecturer sudahpun menyediakan tugasan untuk pelajar pada waktu pelajar belum pun memulakan kuliah. bersunguh & bersemangat waja pensyarah untuk mencurahkan ilmu pada pelajar.kalau saya sebagai pelajar amat bersyukur apabila dapat pensyarah yang begitu dedikasi dan bersiap sedia. jadi tak perlu la saya menunggu dengan debar bagaimana tugasan yang bakal diterima. namun mungkin kadang-kadang tu kesibukan yang melanda tak sape dapat duga.menyebabkan tugasan terpaksa dihantar pada saat akhir kerana "sibuk la skarang ni. nanti la hantar duedate die lagi 3 hari". tapi tiba-tiba berlaku lak beberapa kesesakan dan kelainan dalam mode penghantaran asigment. maka "alamak.. dah la duedate nye pukul 5 ptg ni lagi 3 jam je lg ni mcmne nak hantarrr..." kalut lak bile jadi perkara macamni.. macmane nk hantar... kalau perkara ni berlaku pada saya maybe saya akan negotiate dgn pensyarah untuk lanjutkan duedate..tp ade pensyarah yg tak suke nak expend sebab mengikut timeline tapi ni berlaku cuma segelintir je la.. bagi pandangan peribadi saya perkara ni maybe boleh dielakkan kalau saya alert dgn tugasan yang bakal pensyarah bagi. tp.. kalau perkara dah nk terjadi.. what to do..

8 comments:

  1. macam saya,bukan suka nak tangguhkan tugasan tetapi ada sesuatu yang perlu diutamakan seperti tugas mengajar di sekolah,saya tidak boleh buat tugasan pjj di sekolah.Di rumah pulak,anak-anak mengadu lapar,maklumlah penat belajar di sekolah.Jadi masa yang ada ialah pada waktu malam.Kadang-kadang bila letih sangat tak dapat lah nak siapkan tugasan pjj..apa nak buat..tetapi tetap buat juga kerana itulah tanggungjawab dalam belajar.

    ReplyDelete
  2. uummmmm....tugasan yang diberi dah saya buat..tapi masalahnya email siswa tak dapat...cuba htr email kat support@siswa pon tak ada balasan..camana nak antar tugasan ni...pensyarah pon tak balas private message..tpon upsi pon asyik tak dapatt...camna ni..

    ReplyDelete
  3. kalau masalah berkenaan email siswa.kemungkinan bila copy paste password tu de terlebih space 'terikut' sekali..sy rse lbh mudah klu sy gune acc gmail sendiri sb matlamat utamanye nk hantar tugasan menggunakan link tu je.. cara nye sama mcm dlm manual

    ReplyDelete
  4. Penghantaran tugasan tidak memerlukan penggunaan mail.siswa.upsi.edu.my. Sila rujuk paparan hadapan MyGuru2 untuk penerangan kaedah penghantaran tugasan melalui LINK atau URL.

    ReplyDelete
  5. Banyak orang banyak ragamnya...hanya kita aje yang tahu macam mana hendak selesaikan semua masalah..tepuk dada tanya iman...

    ReplyDelete
  6. Kesibukan tugas di sekolah dan rumah memang menjadi penyebab utama tugasan terabai khususnya buat guru PJJ macam saya. Masalah kedua ialah disebabkan kesukaran untuk 'online' samada disebabkan 'traffic' dalam laman myguru2 itu sendiri atau masalah 'broadband' yang lembab dan slow. Tapi hal ini tidak menjadi masalah besar terutama sekiranyanya kita 'alert' dan peka dengan setiap tugasan dan tarikh penghantaran yang diberi. =)

    ReplyDelete
  7. minta pihak admin buat panduan macammana nak link blog kita ke My guru .. Saya ada masalah tak tau cara .. rasanya dah cari panduan tapi tak jumpa .minta balas komen ini. terima kasih

    ReplyDelete
  8. syukur..dapat juga hantar 2 tugasan mengikut dateline..dalam kelam kabut akhirnya berjaya juga...PJJ memang cabaran..Semoga segalanya berjalan lancar..buat rakan-rakan PJJ..Kuatkan semangat!!~

    ReplyDelete