Thursday, July 1, 2010

Bengkel E-Portfolio






Pagi tadi, PTPM telah selamat menganjurkan bengkel berkaitan E-Portfolio. Walaupun aturcaranya sampai ke petang, tetapi pensyarah kita begitu produktif sekali sehingga ia dihabiskan seawal jam 1.00 tengahari. Dari satu segi bagus juga, tak perlu le memerah otak sampai ke petang.

Projek EP ini nampak mudah dan straight forward kerana hanya mengambil data-data yang telah sedia dalam MySIS. Namun untuk menstrukturkannya agar sesuai dengan keperluan pelajar dan pensyarah yang agak sukar dan memerlukan sedikit 'perdebatan'. Saya sendiri pun dah rasa macam Speaker pulak yang mendengar dan menyimpulkan apa yang 'ahli parlimen' kita mahu.

Namun agak tertarik dengan pandangan seorang pensyarah yang menyatakan "dah kalau semuanya tarik, minggu depan pun sistem dah boleh pakai".

Pandangan saya, walaupun kita tahu data itu dah ada tapi tak semestinya ia setara dengan keperluan kita. Contohnya kita perlu membahagikan data ini kepada Latihan, Projek, Aktiviti Dalam Kelas dan Aktiviti Luar Kelas. Sedangkan data yang kita nak tarik hanya menyenaraikan aktiviti pelajar tanpa pengkelasan yang kita mahu. Ini yang menjadikan proses tarik data tidak semudah yang kita sangkakan dan kadangkala kajian mengenainya memakan masa yang lama dan melibatkan perbincangan pelbagai pihak.

Apapun modul EP ini dibina oleh Team MyGuru2 untuk menyediakan platform khas kepada pelajar mengurus segala fail berkaitan pengajiannya di UPSI. Ianya bukan sahaja berguna semasa mereka sedang dalam pengajian, tetapi juga setelah bergraduat untuk selama-lamanya. Harap bila ia telah dilarikan nanti, pelajar dapat memanfaatkannya dengan betul dan bersungguh sepertimana bersungguhnya kami menyiapkan modul ini.

Dijangka siap : akhir Julai 2010

No comments:

Post a Comment