Tuesday, February 9, 2010

Jangan Mengkambinghitamkan Sistem

1. Sesebuah sistem berasaskan IT dibangunkan untuk mempermudahkan lagi proses kerja atau prosedur semasa yang dijalankan secara manual. Di UPSI jika kita lihat, satu demi satu sistem yang sebelum ini melibatkan penggunaan banyak kertas dan ruang akan diubah kepada sistem berkomputer yang lebih mudah, pantas, tepat dan jimat (untuk jangka masa panjang). Antara sistem tersebut adalah kewangan, cuti, tuntutan kerja lebih masa, perubatan, pemarkahan dan juga pembelajaran.

2. Namun di peringkat awal transisi daripada sistem manual kepada berkomputer, pastinya akan wujud masalah seperti tidak atau belum mesra pengguna, ketidaktepatan maklumat, kelembapan sistem dan yang paling atas, tidak tahu guna. Ini sebenarnya adalah perkara biasa.

3. Jika kita rujuk buku-buku teks IT dan SADM (System Analysis and Design Management) sekalipun, kita dapati fasa yang sukar ini tetap akan wujud dan pastinya mendatangkan 'rasa panas' bukan sahaja kepada pengguna malah kepada pembangun sendiri.

4. Lebih mengecewakan adalah ada antara pengguna yang mengambil kesempatan ke atas proses transisi ini dengan mennyalahkan 100% sistem berasaskan IT yang baru diinstal ini.

5. Mereka dengan sewenangnya akan menuding jari kepada sistem dan PICT jika kerja-kerja mereka lambat disiapkan atau tertunda dari tarikh sepatutnya. Contoh paling mudah di UPSI adalah kemasukan markah. Satu ketika dahulu, sesetengah pensyarah sangat suka menyalahkan sistem apabila mereka lewat masukkan markah pelajar. Antara alasan 'standard', sistem down semasa dibuka, slow, bila dah isi tak boleh klik Submit dan sebagainya.

6. Mujurkan bos Pusat ICT bijak (he3, bukan bodek tau, tapi kenyataan). Bos telah mengarahkan team server untuk melihat dan merekodkan sepanjang waktu log server untuk memastikan server down ataupun tidak. Alhamdulillah, server sentiasa up dan mampu beroperasi dengan baik.

7. Ramai juga pensyarah yang menghantar surat kononnya pada waktu sekian2, server down dan markah tidak dapat dimasukkan. Namun bos dengan bukti yang kukuh menunjukkan sistem ini tidak down pada waktu yang dinyatakan. Mungkin menyedari taktik ini tidak laku lagi, pihak ICT tidak lagi mendapat surat2 sebegini.

8. Tidak dinafikan, sistem pasti akan bermasalah pada waktu-waktu tertentu kerana walaupun ia mesin, tetapi tetap mempunyai limitation yang tidak dapat dielak seperti garbage full, power trip, over access dan sebagainya. Namun kita sebagai pengguna perlu lebih munasabah, dan tidak menjadikan sistem sebagai tempat meluahkan geram atau alasan untuk melepaskan diri.

No comments:

Post a Comment