Sunday, October 25, 2009

MyGuru2 juarai Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat Peringkat Negeri


Tahniah kepada Sistem Pembelajaran Elektronik MyGuru2 kerana telah berjaya mendapat tempat pertama Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat peringkat Negeri Perak. Anugerah telah disampaikan sendiri oleh Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada Hari Kualiti Sektor Awam Negeri Perak pada 22 Oktober lalu.

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada kerja keras dan penat lelah UPSI khususnya Pusat ICT dalam menjadikan sistem maklumat berkomputer sebagai medium perantara yang berkesan dalam meningkatkan produktiviti jabatan. Tanpa dapat dinafikan, era IT pada masa kini membutuhkan data yang lebih besar dan kompleks, sekaligus menyebabkan peranan komputer mendahului manusia dalam melaksanakan tugas.

Menyedari hakikat tersebut, MyGuru2 dibangunkan tidak lain tidak bukan bagi membantu pensyarah berinteraksi dengan pelajar dengan lebih mudah, cepat dan fleksibel. Nota dan kerja masih boleh diberi walaupun pensyarah tiada kelas, forum menjadi medan perbincangan dan perkongsian pendapat, kuiz atas talian bagi menggantikan penggunaan kertas dan ruang yang banyak serta banyak lagi kelebihan yang boleh digunakan oleh pelajar dan pensyarah melalui MyGuru2.

Insya Allah, dengan kemenangan ini, team MyGuru2 akan bekerja lebih kuat lagi dalam menjadikan MyGuru2 sebuah sistem yang benar-benar dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam meningkatkan prestasi masing-masing. Kita sekarang sedang merancang untuk membolehkan MyGuru2 boleh dilayari dengan lebih mudah pada mobile dan HP. Ini bertujuan memudahkan lagi pensyarah atau pelajar yang melayari WAP / 3G menggunakan MyGuru2.

Kita doakanlah yang terbaik untuk sistem-sistem kita demi kemajuan berterusan buat UPSI yang kita cintai.

3 comments:

  1. tahniah dah menang...
    dah menang ni kena lah update selalu..kami nak tgk perkembbangan semasa kursus..semester 2
    hari2 dok buka..nampak yg lama jer...semoga kursus yg diletakkan nampak lebih teratur dan mudah student nak tgk...dan semoga pensyarah juga rajin2 ler meng upload bahan...demi kebaikan bersama...

    ReplyDelete
  2. Tahniah dan syabas juga kepada MyGuru2. Walau bagaimana pun, subjek bagi semester II bila akan dikemaskini? Pensyarah sudah mulakan tugasan yang perlu dimuatnaik ke MyGuru mulai minggu kedua, tapi senarai pelajar pun belum masuk. Harap dapat kemaskinikan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  3. sabar2, subjek semester 2 telah dimasukkan

    ReplyDelete