Monday, February 16, 2009

MyGuru2 Wiki dari Mediawiki

MyGuru2 Wiki adalah modul terbaru yang dimasukkan ke dalam Sistem Pembelajaran Elektronik MyGuru2.

Platform wiki ini diambil dari Mediawiki yang juga menyediakan platform untuk Wikipedia.

Konsep wiki ini amat mudah, sesiapa sahaja samada pensyarah atau pelajar boleh menyumbang idea atau pengetahuan atas tajuk yang diberikan tanpa had. Kita bebas menulis apa sahaja (pastikan yang ilmiah) ke atas setiap topik yang diajukan sehingga ia menjadi begitu lengkap dan tiada ruang lagi untuk diedit.

Inilah konsep yang diamalkan oleh Wikipedia sehingga ia menjadi rujukan jutaan pengguna Internet seluruh dunia dengan berbilion maklumat yang disediakan. Adakah anda fikir Wikipedia ini disediakan oleh 5 atau 10 orang sahaja? Dengan maklumat yang begitu lengkap dan terkini, diserikan lagi dengan imej, video dan carta-carta berkaitan, wikipedia sudah menewaskan buku ensiklopedia terbaik di dunia pun pada masa kini. Di sinilah, kecanggihan teknologi wiki diaplikasikan demi ketinggian ilmu umat manusia. Dan konsep wiki amat mudah, sesiapa sahaja yang bermaklumat tentang sesuatu perkara, boleh menyumbang dan jika didapati ada fakta yang salah, boleh diubahsuai dan diedit oleh sesiapa sahaja.

Menyedari hakikat ini, team MyGuru2 menyediakan kemudahan wiki untuk warga UPSI agar mereka boleh mengutarakan ilmu dan pendapat dalam usaha mencernakan minda dan membudayakan perkongsian ilmu bukan sahaja UPSI malah seluruh negara.

Mungkin ada yang terfikir, jika ia bebas, mungkin akan ada anasir yang meletak maklumat palsu, penghinaan, kutukan, hasutan dan sebagainya. Suka dijelaskan disini bahawa semua maklumat yang diterima boleh dijejaki siapa penulisnya siap dengan masa dan tarikh sekali.

Oleh yang demikian, sebagai pentadbir sistem, saya menyeru warga UPSI menggunakan kemudahan Wiki ini dengan baik dan penuh sahsiah agar ia mampu menjadi platform perkongsian yang dinamik, tepat, berwibawa dan boleh dipercayai.

Selamat ber 'wiki'

No comments:

Post a Comment