Sunday, November 10, 2013

Emas berkilauan di PECIPTA 2013

Dalam banyak-banyak ekspo dan pertandingan yang melibatkan pingat, PECIPTA antara yang paling sukar dan sengit. Pada 2011, dari 20 penyertaan UPSI, seorangpun tidak sangkut emas. Hanya berjaya peroleh 4 perak dan 5 gangsa termasuk sistem OBE dalam MyGuru2.

Namun nampaknya tahun ini juri lebih bermurah hati apabila hampir semua peserta tidak pulang dengan tangan kosong. ICT menghantar 'ayam tambatannya', projek Virtual Campus Learning System (VCLS) ke PECIPTA dengan harapan berjaya mengulangi kejayaan menggondol emas di edu-Ineri. Ternyata usaha dan komitmen semua ahli membuahkan hasil apabila UPSI berjaya menggenggam 6 emas termasuk projek VCLS.

Sembilan wakil UPSI mendapat pingat perak, manakala 8 lagi memperoleh gangsa. Tahniah sekali lagi kepada wakil ICT terutamanya CIO Tn Hj Nazri Md Saad, En Megat Azrin Ahmad, Pn Norazizah, En Ahmad Wiraputra Selamat, En Prabu Tharmalingam dan En Yunus Mustafa atas usaha dan kesungguhan melaksanakan projek ini.

Maaf kerana hanya sempat menangkap gambar booth ini sahaja. VCLS kanan sekali.

No comments:

Post a Comment