Sunday, March 4, 2012

45% pengguna MyGuru memilih 'Rubah BerApi'



Rajah di atas menunjukkan pecahan browser yang digunakan untuk melayari MyGuru3 UPSI. Analisis ini dijana melalui aplikasi Google Analytics yang disetkan ke atas MyGuru3.

Hampir separuh dari pengguna MyGuru2 menggunakan browser open source iaitu Firefox manakala 26.23% pula menggunakan Google Chrome. Hanya 23% menggunakan IE manakala kurang 5% dikongsi oleh pelayar-pelayar lain seperti Opera, Safari dan lain-lain.

Pasti majoriti pelajar yang memilih FF atau Firefox mempunyai sebab tersendiri. Kelajuan surfing, atau muatturun, atau antaramuka yang lebih kemas dan teratur, saya sendiri pun tidak pasti. MyGuru3 telah dibuktikan boleh dibuka dalam apa saja pelayar, sesuai dengan sifat asasnya yang compatible, serta inter-operability.

Begitu juga Chrome, pastinya anda ada punya asas untuk menggunakannya berbanding IE. Ramai juga yang kata, Chrome laju dalam memuatturun berbanding FF atau IE. Tapi agak kureng, dalam menterjemahkan Javascript.

Oleh itu, bagi yang masih menggunakan pelayar lain, beralihlah kepada yang digunakan majoriti kerana mereka pasti punya alasan kukuh dalam berbuat demikian.

4 comments:

  1. salam..saya lebih selesa menggunakan aplikasi goaole firefox kerana lebih senang dan wallnya lebih kemas dan tersusun...

    ReplyDelete
  2. Fatimah , Google untuk Chrome. Firefox adalah keluaran Mozilla. Tp dgr citer untuk download tugasan, lebih laju dengan Chrome.

    ReplyDelete
  3. Salam
    Pada pendapat peribadi saya. IE lebih mudah, responsive dan compatible dgn window 7. senarai searh engine juga dipaparkan dan yang terpenting ia boleh mengingati ID dan password semasa login. Tak pastilah pula dgn program lain (FF,Chrome etc) sebab blm pernah try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bole ba..cuba la download FF, sy rasa anda pasti lebih teruja:-)

      Delete