Tuesday, November 15, 2011

Link kan blog anda ke MyGuru2

Saya difahamkan ada pelajar yang perlu memasukkan link ke blog yang mereka cipta, samada sebagai assignment atau untuk suka-suka. Memang blog sesuatu yang menyeronokkan, apabila kita boleh berkongsi pandangan dan cerita kepada ke seantero dunia (sebab itu blog yang terbaik dalam bahasa Inggeris).

Saya pula tidak pernah dimohon oleh pensyarah untuk memasukkan ciri khas mengenai blog ini. Cuma jika pelajar ingin melampirkan blog mereka dalam assignment, mudah sahaja. Oleh kerana pada masa sekarang pun, pelajar dikehendaki menghantar tugasan melalui URL, maka jika pensyarah mahu melihat blog anda, cuma masukkan alamat  blog ke URL yang disediakan. Mudah sahaja kan.

Satu lagi tempat anda boleh linkkan blog anda adalah di User Profiles (UP). UP anda boleh dicapai oleh semua pelajar melalui modul Coursemate dalam setiap subjek. Bagaimana memasukkannya? Anda cuma perlu ke laman utama, pada bahagian atas kanan terdapat My Profiles. Klik pada Update Profiles. Masukkan link ke blog anda di bahagian Website / Blog yang terdapat pada Update Profiles tersebut.

Mudah sahaja kan?:-)

7 comments:

  1. terima kasih atas info berguna ini...

    http://kimi50.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. akan dilinkkan spt yang diajar...moga berjaya..tq atas info..

    ReplyDelete
  3. koi xbrape pandai IT ni tapi koi cuba yang terdaya. Koi ucap makeseh bbyk mengenai info ni. Rasa berjasad amat nok buat mende gini.

    ReplyDelete
  4. dah buat dah tapi tak pasti pensyarah tengok ka dak ? minta -minta lah tengok penat buat .... Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Nak minta tolong En... Boleh dah bagi tau cara nak tengok markah forum... sebab Markah Forum dah ada .Dr sulaiman minta tengok dalam IMS tapi saya tak boleh buat pun .

    ReplyDelete
  6. Animahani:Buka mysis.upsi.edu.my. masukkan username & password anda, dan pilih subjek berkaitan

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas kemudahan yang disediakan.

    http://sharimanskua.blogspot.com/

    ReplyDelete