Saturday, April 2, 2011

Kelas Pertama

Hari ini pelajar program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memulakan kuliah bersemuka buat pertama kali. Dan bukan selalu mereka akan berhadapan mata ke mata dengan pensyarah dalam satu semester. Jika tak silap, mungkin hanya 3 atau 4 kali sahaja

Dalam forum MyGuru2 bermacam pandangan dan perasaan yang dilontarkan. Ada yang enjoy, ada yang letih, tak kurang juga yang teruja kembali ke kerusi kuliah setelah meninggalkan puluhan tahun.

Saya faham ramai juga yang tinggal jauh dari pusat pengajian masing-masing. Ada yang tinggal di JB, kuliah di Batu Pahat, tinggal di Sepang, kuliah di UPSI dan sebagainya. Pihak UPSI dalam proses untuk memperbaiki keadaan ini seberapa segera.

Namun bila menyebut tentang jarak dari rumah ke pusat pengajian, saya pun nak kongsi apa yang sedang saya alami. Saya juga sedang menyambung pengajian di UPM Serdang. Jarak Tg Malim ke UPM adalah 125 km, pergi balik 250 km. Dalam sebulan, saya akan memandu untuk kuliah setiap minggu 1000km!!

1000km sebulan bersamaan RM250 duit minyak + tol dan sebagainya.

Jika diikutkan hati, memang berat dan payah. Tetapi seorang pensyarah mengatakan kepada saya "That is the beauty of learning"

Sebaik kita mula memegang pen untuk menuntut ilmu yang bermanfaat, dari situlah segala cabaran pun bermula. Kerana kecantikan ilmu itu tidak mungkin mampu kita gapai dengan jalan yang mudah. Pastinya memerlukan pengorbanan bukan sahaja duit malah tenaga, masa kepada keluarga dan sebagainya.

Tetapi hasilnya pasti membanggakan, siapa taknak memegang segulung ijazah. Seorang nenek tua pun jika diberi peluang ingin naik ke pentas dan menerima penghormatan tertinggi akademik.

Oleh yang demikian, sentiasalah bersabar atas segala yang dihadapi, tambahan program ini masih muda di UPSI. Pasti banyak kelemahan /lompong di sana sini.

22 comments:

  1. hari pertama memang memenatkan..mana taknya dah lama tak study 10 jam satu hari..masa kdc dpm ari tu biasa dah tapi dah 3 tahun hbs dip..balik umah smpi dlm kul 8 lebih terus flat hehehee hari ni masuk kelas pagi agak blur juga sbb penat smlm belum hilang tapi enjoy la kelas penaksiran :)

    ReplyDelete
  2. Kelas pertama 1 dan 2 hb semalam di KB best sgt2...permulaan pagi agak kalut kerana bilik bertukar2 namun semuanya dpt diselesaikan lam masa yg singkat jer,..kelas ari pertama Jadual Teknologi Pendidikan dan Eng 4 Comunication...dan kelas ari kedua Pembangunan Sahsiah dan Kenegaraan...Pensyarah2 mmg best sehigga 10 jam berlalu tanpa rasa mengantuk...yg saya ingat saya asik ketawa jer dgn celoteh2 pensyarah dan rakan2 yg baru dikenali...Insya Allah....masalah komunikasi xkan ade kerana kita semua guru yg berpengalaman...utk kawan2 semua...semoga berjaya dan bertemu di Upsi semula tahun 2014..Insya Allah

    ReplyDelete
  3. hendak mendapat segulung ijazah memerlukan pengorbanan....dengan apa yang tertulis diblog ini rasanya..rakan2 PPG akan memahami kesulitan yang berlaku...biasalah benda baru mesti ada kekurangannya....Apa2 pun terima kasih kerana UPSI memberi peluang kepada guru2 yang selama ini mengharapkan segulung ijazah....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, saya pun sama macam cikgu-cikgu yang sedang mngikuti kursus ini, bermacam-macam perasaan yang ada di hari pertama kelas...gembira, takut, marah, sedih dan pelbagai lagi..namun kita kena kuatkan diri dan perasaan. pjj x sama macam kita belajar di Maktab dahulu, tambahan pula faktor usia menyebabkan kita mudah berasa tertekan. saya berharap dan berdoa semoga saya dan kawan-kawan yang lain terus tabah untuk mengharungi alam PJJ ini...InsyaAllah.....

    ReplyDelete
  5. Kelmarin pertama kali belajar, memang memang letih dan penat.Sudah berhenti banyak tahun untuk belajar, sekarang usia semakin bertambah tak tahulah saya masih boleh tahan atau tidak kerana kita semua kena bekerja , belajar dan menyiapkan kerja rumah... Banyak letih tidak dapat dijelaskan. Harap-harap masalah yang dihadapi dapat ditangani terutama masalah untuk menyiapkan assighment. Memang susah membuat assighment..
    4 tahun, semoga kita semua berjaya.......

    ReplyDelete
  6. Setelah lebih 20 thn bergelar guru, baru tahun ni terbuka hati untuk belajar semula. Itupun setelah anak-anak dah besar dan dapat berdikari. Semangat berkobar-kobar semasa mengisi borang IPT anak. Rasa tak nak kalah dengan anak sendiri....Melalui hari pertama dan kedua kuliah terasa ingin mengalah. Susah sungguh otak untuk memahami dan mempelajari...sebenarnya mengingat kembali. Moga ALLAH memberikan kekuatan atas niat yang baik...

    ReplyDelete
  7. bsetuju dgn penulis blog..sye di seri manjung pon pernah blajar di UPM serdang.. errmmm..bayangkan la jauhnye.. tp semangat utk belajar mgatasi segalanya... ;)ble dpt di UPSi, jarak mula bkurangan,tp semangat masih bkobar.. smoga perjalanan spanjang 4 tahun ini diredhai Ilahi dan dalam lindungan-Nya.. :)

    ReplyDelete
  8. Saya tidak berhasrat untuk memberi komen ttg jarak untuk hadir kuliah sebab saya tidak bermasalah ttg itu.Cuma saya agak teruja untuk ke UPSI kerana terkenang semula sejarah belajar di IPSI dalam zaman maktab.Dah banyak yg berubah...Namun bangunan2 lama yg masih tinggal masih utuh walau diberi nafas baru..Saya bangga menjadi anak kandung suluh budiman..

    ReplyDelete
  9. Saya teruja apabila ditawarkan melanjutkan pelajaran ke upsi. UPSI merupakan universiti yang sinonim dengan para guru. Seawal 5.30 pagi saya telah bertolak dari Port Dickson ke Jempol. Hati berdebar-debar, maklumlah dah veteran. Tapi, alhamdulillah, semua pensyarah memberikan semangat kepada kami. Terima kasih kepada suami, anak-anak rakan-rakan guru di sekolah yang banyak memberi dorongan. Terima kasih juga kepada semua pensyarah yang sudi menerima kami.

    ReplyDelete
  10. walaupun kuliah hari pertama dan kedua memenatkan, tetapi saya berasa sangat gembira kerana pensyarah-pensyarah sangat peramah dan penuh semangat dalam menjalankan tanggungjawap mereka untuk mendidik kami. Tambahan pula berjumpa dengan kawan2 lama semua... Terima kasih kerana Pihak UPSI yang memberi peluang kepada kami yang selama ini memang mengharapkan segulung ijazah....

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..saya juga tidak ingin mengutarakan tentang jarak ke tempat kuliah.Kerana Nabi Muhammad SAW sendiri menganjurkan kita "menuntut ilmu walau ke negeri China" jauh amat bunyinya ,tetapi disebalik itu sebenarnya menurut hadis tinggalannya.Jika hendakkan dunia hendaklah dengan ilmu,jika hendakkan akhirat dengan ilmu.Jika hendakkan kedua-dua sekali maka dengan ilmu.Maka dengan ketetapan Allah letakkan waktu dan ketika ini agar dapat meneruskan pencarian ilmu..maka tak akan saya persia-siakan.Insyaallah

    ReplyDelete
  12. Saya pasti semua yang mendaftar untuk PJJ bercita-cita untuk mendapat segulung ijazah. Perjumpaan pertama tempoh hari memang agak memenatkan. Tempoh pembelajaran yang panjang agak menjejaskan tumpuan bayangkan dari rumah 6.30 pagi tanpa bersarapan, terus kuliah hingga 1.00 petang. Lepas tu gopoh-gopoh makan tengah hari dan solat Zohor. Sambung semula belajar hingga 7.00 petang. Jika tidak tahan mental dan fizikal, mungkin boleh rebah maklumlah faktor usia. Saya cadangkan kalau boleh pihak UPSI pertimbangkan tempoh kuliah dari 5 jam kepada 3 jam bagi satu subjek.Harap dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  13. memang kali pertama pergi kuliah sangat memenatkan, tambah plak dengan masa kuliahnya yang panjang....walaubagaimanapun , setiap kejayaan mesti ada pengorbanan .Oleh kerana itu , inilah pengorbanan yang terpaksa ditempuhi selama 4 tahun. Terima kasih kepada pihak UPSI kerana dapat menyediakan tempat kuliah yang agak selesa...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..pertemuan kali pertama bersama tutor/pensyarah memang menyeronokkan....tak sedar sehari penuh berlalu dengan begitu pantas...menunggu untuk pertemuan seterusnya.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulilah. saya tidak sabar untuk menghadirkan diri ke kelas kuliah. Maklumlah, baru dapat register Myguru2. Apa-apa pun, mesti rasa seronok.

    Terima Kasih
    BPG, UPSI

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. ini adalah percubaan kali kedua untuk mendapatkn segulung ijazah bagi saya. kali pertama bersama oum dlm jurusan it dgn kepujian tapi gagal d semester akhir sebab subjek tlalu susah & x dpt nak further bsama kwn². mudah²an kali ni Allah beri rezeki insya Allah.

    ReplyDelete
  18. Kepayahan yang dilalui mengajar kira erti kesabaran. Tiada yang mustahil dalam hidup. Dalam menuntut ilmu pengetahuan, segala cabaran adalah pembakar semangat untuk terus melangkah. Kuatkan semangat tingkatkan azam,insyallah kemenangan dan kejayaaan pasti menjadi milik kita....salam perjuangan untuk semua PJJ student UPSI.

    ReplyDelete
  19. Tetiba jer teringat nak buka blog ni.Ehm..setakat ni saya seronok belajar melalui E-Learning....buat masa ini tiada masalah...hanya adakala nak download bahan jer susah..tp adatlah,belajar jarak jauh pun namanya.Hanya ada sedikit ralat bila tengok monitoring group, ada yang tak join forum dan ade yang xhantar tugasan.....kesian juga bagi rakan-rakan yang bermasalah untuk menggunakan internet...tapi usahalah kawam-kawan...sebab ilmu itu xdatang bergolek,kita yang kena mencari...Jika inginkan segulung ijazah, apa jua rintangan perlu sabar dilalui.."Perjalanan beribu batu bermula dari setapak langkah:.

    ReplyDelete
  20. Setuju dengan Pn Suhailawati, slow2 le ye kepada semua. Jangan give up. Give up tu dtg dari bisikan yg x baik. Kita mesti teruskan sampai berjaya.

    ReplyDelete
  21. bukan semua orang tahu guna komputer... Bagi sesetengah orang, komputer di rumahnya macam antik. Nak gerak pun susah, macam mana boleh guna perisian "high-tech" macam web conferencing pula?

    Ada kebanyakkan orang, internet di rumah sangat lambat. Nak buka laman upsi pun susah. Salah komputer, TM atau UPSI?

    tapi ini bukan halangan. kitalah yang perlu ubah mengikut masa. Bandwidth tak cukup, tambahlah. Kalau komputer lambat, belilah yang baru. Tapi duit tak cukup, macam mana pula? Itulah pengorbanan kita yang perlu hadapi. Dapat ijazah ini dan naik gaji! Bersama-sama kita berusahalah untuk menjayakan program PJJ ini!

    ReplyDelete