Thursday, March 3, 2011

E-PORTFOLIO

Assalamualaikum

Selepas lebih sebulan dilancarkan, nampaknya tersangat sedikit pelajar yang telah memasukkan portfolio mereka ke dalam E-Portfolio MyGuru2. Mengapa ya?

Sebagai admin, saya dapat menjangka pelbagai jawapan seperti :

- Saya tak tahu guna la, nak masuk MyGuru2 pun terkial-kial lagi
- Takdok latihe ko, kawe tok gheti nk paka..
- WIFI tempat saya slow je..susah nak login
- E-Portfolio ni haper?? Makanan dalam tin ke? (harap xdele cmni)

Dan saya amat memahaminya. Begini, EP ni sebenarnya bertujuan membolehkan pelajar memasukkan portfolio masing-masing seperti resume, skills serta bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran anda selama di UPSI. Sebenarnya EP ni bagus, sebagai platform untuk pelajar bukan sahaja menyimpan maklumat bertulis tetapi juga fail berkaitan. Contohnya pelajar mungkin pernah membuat satu projek semasa sem 1. Biasanya bila dah tamat sem, projek tersebut kalau tak dibuang pun, akan bersepah mana-mana. Bila telah bergraduat, dah ready nak jadi cikgu, projek ke mana, fail ke mana..semua hilang.

Oleh itu, wajarlah untuk pelajar simpan segala bahan / artifak tersebut dalam EP kerana bahan-bahan tersebut amat berguna bukan sahaja semasa belajar tetapi juga bila dah jadi cikgu nanti.

So, jika ada yang tak faham tentang, boleh tanya, atau call PTPM (Pn Nadiah) direct pun tak apa..

Wassalam

5 comments:

  1. assalam...sy nk tya knp sy x dpt student email.? myguru dh dftr

    ReplyDelete
  2. The problem with MyGuru and MyUPSI portal is that they are very complicated and not user-friendly. Why we must have two portals instead of one (at the first place)? Hence, there are too many buttons and icons cramped in; make it tedious to study the whole portal, to understand what the portal is all about. I wonder if you can make our life easier by producing a portal which is more user-friendly and won't take hours to access through it.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Kadang-kadang tak boleh nak salahkan pelajar juga sebab mereka ada banyak pilihan untuk menyimpan document secara online. So kalau tak guna MyGuru bukan bermakna mereka tak simpan semua bahan tersebut.

    ReplyDelete
  4. Salam,..sy pelajar DPLI sekrang ni di kota bharu.Kenapa x bole log in portal tu?.ID dan passwrod dah betul dah,.........please,...

    ReplyDelete
  5. Siti Zulaikha, apa nombor ID? Tolong emelkan ke wiraputra@ict.upsi.edu.my

    ReplyDelete