Hari ini pelajar program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memulakan kuliah bersemuka buat pertama kali. Dan bukan selalu mereka akan berhadapan mata ke mata dengan pensyarah dalam satu semester. Jika tak silap, mungkin hanya 3 atau 4 kali sahaja
Dalam forum MyGuru2 bermacam pandangan dan perasaan yang dilontarkan. Ada yang enjoy, ada yang letih, tak kurang juga yang teruja kembali ke kerusi kuliah setelah meninggalkan puluhan tahun.
Saya faham ramai juga yang tinggal jauh dari pusat pengajian masing-masing. Ada yang tinggal di JB, kuliah di Batu Pahat, tinggal di Sepang, kuliah di UPSI dan sebagainya. Pihak UPSI dalam proses untuk memperbaiki keadaan ini seberapa segera.
Namun bila menyebut tentang jarak dari rumah ke pusat pengajian, saya pun nak kongsi apa yang sedang saya alami. Saya juga sedang menyambung pengajian di UPM Serdang. Jarak Tg Malim ke UPM adalah 125 km, pergi balik 250 km. Dalam sebulan, saya akan memandu untuk kuliah setiap minggu 1000km!!
1000km sebulan bersamaan RM250 duit minyak + tol dan sebagainya.
Jika diikutkan hati, memang berat dan payah. Tetapi seorang pensyarah mengatakan kepada saya "That is the beauty of learning"
Sebaik kita mula memegang pen untuk menuntut ilmu yang bermanfaat, dari situlah segala cabaran pun bermula. Kerana kecantikan ilmu itu tidak mungkin mampu kita gapai dengan jalan yang mudah. Pastinya memerlukan pengorbanan bukan sahaja duit malah tenaga, masa kepada keluarga dan sebagainya.
Tetapi hasilnya pasti membanggakan, siapa taknak memegang segulung ijazah. Seorang nenek tua pun jika diberi peluang ingin naik ke pentas dan menerima penghormatan tertinggi akademik.
Oleh yang demikian, sentiasalah bersabar atas segala yang dihadapi, tambahan program ini masih muda di UPSI. Pasti banyak kelemahan /lompong di sana sini.
Saturday, April 2, 2011
Thursday, March 3, 2011
E-PORTFOLIO
Assalamualaikum
Selepas lebih sebulan dilancarkan, nampaknya tersangat sedikit pelajar yang telah memasukkan portfolio mereka ke dalam E-Portfolio MyGuru2. Mengapa ya?
Sebagai admin, saya dapat menjangka pelbagai jawapan seperti :
- Saya tak tahu guna la, nak masuk MyGuru2 pun terkial-kial lagi
- Takdok latihe ko, kawe tok gheti nk paka..
- WIFI tempat saya slow je..susah nak login
- E-Portfolio ni haper?? Makanan dalam tin ke? (harap xdele cmni)
Dan saya amat memahaminya. Begini, EP ni sebenarnya bertujuan membolehkan pelajar memasukkan portfolio masing-masing seperti resume, skills serta bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran anda selama di UPSI. Sebenarnya EP ni bagus, sebagai platform untuk pelajar bukan sahaja menyimpan maklumat bertulis tetapi juga fail berkaitan. Contohnya pelajar mungkin pernah membuat satu projek semasa sem 1. Biasanya bila dah tamat sem, projek tersebut kalau tak dibuang pun, akan bersepah mana-mana. Bila telah bergraduat, dah ready nak jadi cikgu, projek ke mana, fail ke mana..semua hilang.
Oleh itu, wajarlah untuk pelajar simpan segala bahan / artifak tersebut dalam EP kerana bahan-bahan tersebut amat berguna bukan sahaja semasa belajar tetapi juga bila dah jadi cikgu nanti.
So, jika ada yang tak faham tentang, boleh tanya, atau call PTPM (Pn Nadiah) direct pun tak apa..
Wassalam
PENDIDIKAN JARAK JAUH(PJJ)
Assalamualaikum dan apa khabar pelajar-pelajar UPSI sekalian
Lama juga saya tidak menulis di halaman ini lantaran kesibukan bekerja dan menyiapkan modul-modul (yang tak pernah siap) dalam sistem UPSI. Banyak event pelajar kebelakangan ini, pameran, pilihanraya, peperiksaan dan sebagainya. Saya jangka pelajar juga sibuk dan mungkin tak sempat menjengah pun blog ini. Apapun, saya jika boleh nak jadikan blog ini sebagai platform yang interaktif antara kita. Pelajar boleh bertanya, dan saya boleh menjawab. Tidak perlu terlalu formal, santai-santai pun tak jadi masalah.
Dalam entry ini saya ingin menulis tentang Program PJJ yang akan bermula pertengahan Mac ini. Saya tak jangka ramai pelajar yang tahu hal ini, kerana anda memang tak perlu tahu pun. Tak masuk exam pun..hehe. Tetapi sebagai informasi, UPSI akan menerima kehadiran 6000 pelajar baru. Nampak ramai kan, cukup ke asrama?!
Nanti dulu, mereka tidak kelas di sini, atau menginap di sini, atau sama-sama memenuhkan warung burger kukus di sini, kerana mereka akan belajar secara jarak jauh. Ertinya kelas bersemuka mungkin hanya sebulan sekali atau 2 kali, pembelajaran dibuat secara video conferencing, nota pun dari MyGuru2 atau Xythos.
Mungkin ada antara anda yang terfikir "Seronok juga kan belajar jarak jauh ni"..hehe..haah, mmg seronok sangat. Kekurangannya anda tidak dapat berjumpa dengan pensyarah anda secara bersemuka untuk menuntut ilmu secara terus. Teruk juga sebenarnya tambahan lagi jika anda mahukan ilmu yang banyak. Nak tanya soalan susah, nak kongsi pengalaman susah..sebab pensayarah mungkin 200km jauh dari anda.
Oleh itu, bersyukur anda boleh belajar secara sepenuh masa dan dapat berinteraksi sepanjang masa secara terus dengan pensyarah pada waktu kuliah. Kerana biladah jarak jauh, macam kahwin jarak jauh jugaklah. Rindu, sayang..tapi bila nak sentuh...ala bang, jauh sangat!
Wassalam
Monday, November 15, 2010
Secured HTTP pada MyGuru2

Assalamualaikum dalam Salam 1 Malaysia
Apa khabar pelajar-pelajar UPSI sekalian? Esok raya korban, hari ini datang kerja pun kampus lengang je. Samada dah habis exam atau memang manja kot pelajar UPSI ni. He2, gurau di pagi hari.
Dari petang semalam, URL myguru2 akan bermula dengan https, dan bukan http seperti sebelumnya. Pasti adik-adik tertanya-tanya, apo ko bondo nye https ni? MyGuru2 makin laju ke, makin lembab ke?
Tambahan s merujuk kepada secured. Ianya adalah kombinasi antara http dengan protokol keselamatan Internet iaitu SSL/TLS yang bertujuan mengenkripkan komunikasi antara kita dengan pelayan MyGuru2. Dalam erti kata lain, setiap nota yang anda download atau forum yang anda hantar secara konsepnya masih boleh dipintas oleh hackers kerana URL yang terdedah. Melalui https, URL tersebut akan diletakkan dalam saluran keselamatan tinggi yang menghalang sebarang aktiviti hackers seperti pintasan, curi dengar (eavesdropping) dan denial of service.
Hmm, apakah yang perlu saya lakukan? Secara umumnya, tidak akan ada perubahan ketara MyGuru2 dalam aspek kepenggunaan dan kelajuan, tetapi aspek keselamatan telahpun diletakkan pada tahap tertinggi. Namun jika ada pernah masuk secara terus ke sistem MyGuru2 (untuk pelajar), anda akan diminta untuk link "I Understand the risk" dan tekan butang "Get Certificate" untuk masuk ke MyGuru2. Ini adalah prosedur biasa jika anda mula melayari Internet. Untuk adik2 yang masuk terus melalui portal, adik2 tidak perlu melalui langkah2 ini. Tau2, dah berada dalam secure http MyGuru2. Canggih kan..he3
Tapi kalau fikir2, fb pun takde https..ok je....hmmm(think)....renung2 kan dan selamat beramal..:-)
Thursday, July 1, 2010
Bengkel E-Portfolio
Pagi tadi, PTPM telah selamat menganjurkan bengkel berkaitan E-Portfolio. Walaupun aturcaranya sampai ke petang, tetapi pensyarah kita begitu produktif sekali sehingga ia dihabiskan seawal jam 1.00 tengahari. Dari satu segi bagus juga, tak perlu le memerah otak sampai ke petang.
Projek EP ini nampak mudah dan straight forward kerana hanya mengambil data-data yang telah sedia dalam MySIS. Namun untuk menstrukturkannya agar sesuai dengan keperluan pelajar dan pensyarah yang agak sukar dan memerlukan sedikit 'perdebatan'. Saya sendiri pun dah rasa macam Speaker pulak yang mendengar dan menyimpulkan apa yang 'ahli parlimen' kita mahu.
Namun agak tertarik dengan pandangan seorang pensyarah yang menyatakan "dah kalau semuanya tarik, minggu depan pun sistem dah boleh pakai".
Pandangan saya, walaupun kita tahu data itu dah ada tapi tak semestinya ia setara dengan keperluan kita. Contohnya kita perlu membahagikan data ini kepada Latihan, Projek, Aktiviti Dalam Kelas dan Aktiviti Luar Kelas. Sedangkan data yang kita nak tarik hanya menyenaraikan aktiviti pelajar tanpa pengkelasan yang kita mahu. Ini yang menjadikan proses tarik data tidak semudah yang kita sangkakan dan kadangkala kajian mengenainya memakan masa yang lama dan melibatkan perbincangan pelbagai pihak.
Apapun modul EP ini dibina oleh Team MyGuru2 untuk menyediakan platform khas kepada pelajar mengurus segala fail berkaitan pengajiannya di UPSI. Ianya bukan sahaja berguna semasa mereka sedang dalam pengajian, tetapi juga setelah bergraduat untuk selama-lamanya. Harap bila ia telah dilarikan nanti, pelajar dapat memanfaatkannya dengan betul dan bersungguh sepertimana bersungguhnya kami menyiapkan modul ini.
Dijangka siap : akhir Julai 2010
Tuesday, March 9, 2010
Material Percuma dari MIT
Bila sebut MIT, bukan calang-calang universiti. MIT adalah istana ilmu terutamanya bagi bidang-bidang sains dan teknologi sebagaimana Oxford dengan bahasanya dan Harvard dengan Business nye.
Walaupun begitu, MIT tak kedekut dalam berkongsi sesetengah materialnya kepada semua secara online. Yang penting, ianya percuma walaupun jika dinilai cukup berharga kerana sesetengahnya datang dari tulisan penulis-penulis buku terkenal Engineering atau IT sendiri.
Mungkin sebab itu mereka terus maju dan maju kerana tak kedekut ilmu. Sinisnya, ramai pensyarah universiti termasuk UPSI suka bertanya, berapa universiti nak bayar jika letak nota dalam LMS atau MyGuru2.
Klik sini : http://ocw.mit.edu/OcwWeb/web/home/home/index.htm Macam-macam ada...
Walaupun begitu, MIT tak kedekut dalam berkongsi sesetengah materialnya kepada semua secara online. Yang penting, ianya percuma walaupun jika dinilai cukup berharga kerana sesetengahnya datang dari tulisan penulis-penulis buku terkenal Engineering atau IT sendiri.
Mungkin sebab itu mereka terus maju dan maju kerana tak kedekut ilmu. Sinisnya, ramai pensyarah universiti termasuk UPSI suka bertanya, berapa universiti nak bayar jika letak nota dalam LMS atau MyGuru2.
Klik sini : http://ocw.mit.edu/OcwWeb/web/home/home/index.htm Macam-macam ada...
Wednesday, March 3, 2010
MEIPTA di UPSI
Alhamdulillah, Persidangan meja bulat Majlis Pengarah E-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) kali ke-8 selamat diadakan di UPSI buat julung kalinya. Saya walaupun bukan sebagai AJK besar tumpang berbangga kerana sayalah yang mula-mula bersetuju untuk UPSI sebagai tuan rumah selepas ditanya Pengerusi, Prof Amin Embi.
Persetujuan saya disampaikan dengan keyakinan yang UPSI mampu melakukannya sekalipun menyedari ia bukan mudah. Beberapa universiti dari pantai timur terpaksa menolak menjadi tuan rumah kali ke-9 lantaran tiada bajet mencukupi dan infrastruktur yang mereka akui sendiri agak daif.
Persidangan kali ini lebih istimewa kerana turut dihadiri wakil dr KPT, Prof Majid Konting. Bos ICT memang mahukan kelainan dalam persidangan kali ini, kalau boleh we give 'em closer to nature. Ye lah, Tg Malim ni bukannya bandar besar, hotel 5 star pn tiada. Alang-alang, kami bawak je peserta menginap dalam hutan, nun di Sg Klah Hot Spring. Tapi ramai yang puji, tempat tu cantik dan makanannya pun boleh tahan. Lepas ni boleh bawa anak bini pulak..hehe
Tengahari esoknya pula boss order gulai ayam kampung, huh memang berasap le depa makan. Petangnya sebelum nak balik, Datuk VC pulak belanja pau Tg Malim yang famous tu. Saya yakin dengan kelancaran program dan kegembiraan yang terpacar di wajah masing-masing, majlis ini dianggap berjaya. Hiccup sikit2 tu biasalah ye, sabar ye Cik Fadzi...sibuk seminggu dua ni ye...
Subscribe to:
Posts (Atom)