Lama juga saya tidak menulis di halaman ini lantaran kesibukan bekerja dan menyiapkan modul-modul (yang tak pernah siap) dalam sistem UPSI. Banyak event pelajar kebelakangan ini, pameran, pilihanraya, peperiksaan dan sebagainya. Saya jangka pelajar juga sibuk dan mungkin tak sempat menjengah pun blog ini. Apapun, saya jika boleh nak jadikan blog ini sebagai platform yang interaktif antara kita. Pelajar boleh bertanya, dan saya boleh menjawab. Tidak perlu terlalu formal, santai-santai pun tak jadi masalah.
Dalam entry ini saya ingin menulis tentang Program PJJ yang akan bermula pertengahan Mac ini. Saya tak jangka ramai pelajar yang tahu hal ini, kerana anda memang tak perlu tahu pun. Tak masuk exam pun..hehe. Tetapi sebagai informasi, UPSI akan menerima kehadiran 6000 pelajar baru. Nampak ramai kan, cukup ke asrama?!
Nanti dulu, mereka tidak kelas di sini, atau menginap di sini, atau sama-sama memenuhkan warung burger kukus di sini, kerana mereka akan belajar secara jarak jauh. Ertinya kelas bersemuka mungkin hanya sebulan sekali atau 2 kali, pembelajaran dibuat secara video conferencing, nota pun dari MyGuru2 atau Xythos.
Mungkin ada antara anda yang terfikir "Seronok juga kan belajar jarak jauh ni"..hehe..haah, mmg seronok sangat. Kekurangannya anda tidak dapat berjumpa dengan pensyarah anda secara bersemuka untuk menuntut ilmu secara terus. Teruk juga sebenarnya tambahan lagi jika anda mahukan ilmu yang banyak. Nak tanya soalan susah, nak kongsi pengalaman susah..sebab pensayarah mungkin 200km jauh dari anda.
Oleh itu, bersyukur anda boleh belajar secara sepenuh masa dan dapat berinteraksi sepanjang masa secara terus dengan pensyarah pada waktu kuliah. Kerana biladah jarak jauh, macam kahwin jarak jauh jugaklah. Rindu, sayang..tapi bila nak sentuh...ala bang, jauh sangat!
Wassalam
Saya merupakan pelajar PPG PJJ yang baru mendaftar mulai 17 -20 Mac ini. Sememangnya amat berterima kasih kepada UPSI yang telah memberikan kemudahan bagi pihak guru2 untuk menyambungkan pengajian. Melihat daripada kemudahan yang ada seperti video conferencing, myguru dan juga bahan2 pembelajaran sememangnya menarik. Tetapi bagi kami yg baru mula nak belajar ni memang ia merupakan sesuatau yag baru. Lebih2 lagi kekurangan yg amat sangat tentang IT. Tiada pengalam dan tempat untuk bertanyakan masalah semasa pengunaan kemudahan ini. Jd bg sy yang keseorangan dan jauh dr rakan2 memanglah menimbulkan kerumitan..Jd bagaimana jalan penyelesaiannya?
ReplyDeleteKalau boleh bagi lah link video confrence dan link forum dgn pensyarah tu ..
ReplyDeleteselamat belajar
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteamat berharap dapat berjaya melanjutkan pjj ni
ReplyDeletesaya merupakan salah seorang pelajar PPG-PJJ yang baru sahaja berdaftar pada 20hb Mac.Say bersetuju dengan pendapat saudara/i Manok yg telah pun menyatakan pendapat beliau terhadap PPG-PJJ ini..kesukaran pastinya ada apabila kami yg masih baru bergelar pelajar PJJ tidaka dapat bersemuak secara berdepan dengan para pensyarah.keadaan ini amat berbeza dengan papa yg pernah kami lalui semasa belajar di maktab dahulu..harapan saya agar kami yg terpilih mengikuti PJJ di UPSI ini akan berjaya menamatkan pengajian hingga ke akhirnya..
ReplyDeletesayembaralensa: semasa taklimat dgn wakil unit ict upsi, kita sudah dibagitau tentang bagaimana nk berhubung dengan kawan2 pjj n pensyarah..klik kat link video confrence..di situ nnt kita boleh berbual ngan rakan2 n pensyarah....harap maklum...cuma saya nak tanye..sape2 yang group A dr kuantan..tempat bljr d kuantan kat mana? ecos mall ke? kuantan parade ke?
ReplyDeleteSaya juga ingin berhasrat menyempurnakan pengajian di peringkat ijazah ini dengan jayanya.....
ReplyDeleteSalam sejahtera. seperti rakan manok katakan, saya pun menghadapi masalah dalam login video confresing dan download modul PJJ .Kalau adakan kelas IT untuk login portal myguru2, saya sangup datang.kalaulah login portal-portal ini secara praktikal, saya rasa saya akan majukan diri sendiri.UPSI memang menyediakan satu sistem IT yang canggih tetapi saya risau akan ketinggalan pula.....Jadi bagaimana nak muat turun modul dan tugasan yang diberi oleh pensyarah.terima kasih atas segala kerjasama..........
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam perpaduan buat semua warga UPSI dan pelajar2 baru PPGPJJ2011.Saya salah seorang pelajar baru mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga UPSI kerana menyambut baik kehadiran kami walaupun hanya dalam sudut maya.Biarpun pada permulaan agak kekok dalam penggunaan E-Learning, tapi lama kelamaan kita semua akan diberikan banyak pendedahan tentang hal ini....adatlah murid baru belajar....dalam ruangan ini kite boleh bertanya kepada rakan-rakan senior untuk sama-sama membantu kita....harap warga UPSI sudi memberikan bimbingan kepada kami warga baru..TQ
ReplyDeletesemoga cepat habis ..ha..ha 4 tahun anak dah sekolah....
ReplyDeletesalam 1 malaysia. semoga kita sama2 menggenggam segulung ijazah yg sebenarnya telah lama kita impikan selama ini.......
ReplyDeleteSalam 1 Malaysia,
ReplyDeleteMemang banyak cabaran yang bakal dilalui.Saya percaya bukan saya sahaja yang masih bertatih untuk memahami sepenuhnya pembelajaran melalui nota2 dari MyGuru2.Ia pasti memerlukan masa..dan suatu masa kita semua akan mahir..Selamat Belajar!
Salam hormat n salam 1 Malaysia.Sayapn pelajar cam u all daftar 18/3/11. mula2 mmg susah nak godeh laman web.Gi sana gi sini. kekdg x dpt apa yg dcari. alhamdulillah sekrg ada paham ckit. Selamat berkuliah 2 April ni! Terus brusaha....
ReplyDeleteImpian selama ini akan menjadi kenyataan,selama 4 tahun ini kita perlu bersedia untuk menempuh pelbagai cabaran dari segi keluarga,kerjaya dan pengajian.walaubagaimanapun saya bersyukur kepada tuhan untuk memberikan peluang keemasan ini
ReplyDeleteYup, saya berasa sangat gembira kerana dapat belajar di UPSI, tetapi sampai hari ini baru saya dapat login ke web MYguru. Pagi-pagi bertolak dengan bersama rakan sejawat dan dapat berjumpa kawan-kawan lama. walaubagaimanapun saya sangat bersyukur kepada tuhan kerana berpeluang menyatakan impian saya , sekian terima kasih. saya ingin berterima kasih kepada pensyarah Ahmad Jazimin Jusoh kerana memberi ceramah mengenai sahsiah dengan tidak asas sebagai guru sahaja manakala menjadi pembanguan kepada anak murid di MAlaysia ini. sekian terima kasih
ReplyDeleteakhirnya masa yg dinantikan tiba juga...persepsi terhadap PPG -PJJ????enjoy jgk la..lupa jap kat sekolah...tp mcm da tepu la nk bawak benda2 berat ni kat otak!!!bole ke tahan sampai 4 tahun nih...
ReplyDeletesemoga kita semua berjaya....
ReplyDelete