Saturday, October 6, 2012

i-Ray juara KIK Perak

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pusat ICT UPSI atau dikenali dengan nama i-Ray sekali lagi mencipta kejayaan penuh gilang gemilang apabila muncul juara Konvensyen KIK Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan pada 7 Oktober lalu. I-Ray menewaskan 20 pencabar lain yang terdiri dari badan-badan kerajaan di negeri Perak yang turut bersaing dalam kategori pengurusan dengan membawa tajuk "Kelewatan Pelajar Mendapatkan Kad Matrik semasa Hari Pendaftaran". Kejayaan membanggakan ini adalah yang kedua selepas mereka berjaya mengharumkan nama UPSI melalui projek yang sama apabila berjaya dinobatkan Naib Juara Konvensyen KIK IPTA 2012.

i-Ray juara Anugerah YAB Menteri Besar

Kemenangan ini membolehkan i-Ray memahat UPSI sekali lagi sebagai universiti yang menghasilkan pemenang serta dianugerahkan piala kemenangan serta anugerah YAB Menteri Besar Perak sebanyak RM5000.

Tahniah sekali lagi!

MyGuru dipilih AIM sebagai Projek Inovasi Negara

Sistem MyGuru dipilih oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) sebagai antara 7 projek inovasi terpilih negara sebagai perintis Peluang Perniagaan Inovasi (IBO) yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Tarikh pelancaran dijadualkan pada 10 Oktober 2012 di Lobi Parlimen Malaysia.

Peluang Perniagaan Inovasi ini akan ditawarkan kepada masyarakat perniagaan Malaysia dan pelaburpelabur secara bidaan kompetitif yang telus. Setiap IBO akan dinilai sepenuhnya oleh AIM yang menetapkan proses yang ketat dan menerusi pengajian akademik yang meluas bagi memastikan hanya inovasi dengan potensi pengkomersialan tertinggi akan diketengahkan.


Monday, July 30, 2012

BENGKEL PROJEK RINTIS PENANDA ARAS E-PEMBELAJARAN IPTA MALAYSIA

Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) serta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Bengkel Projek Rintis Penanda Aras e-Pembelajaran IPTA pada 5 dan 6 Julai 2012 di Hotel Grand Season Kuala Lumpur. Projek ini adalah yang julung kali diadakan bertujuan menetapkan penanda aras dalam penggunaan dan tadbir urus e-Pembelajaran bagi semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti di seluruh Malaysia.

Bengkel ini memberi peluang kepada ketua-ketua penyelaras ICT dan e-Pembelajaran setiap IPTA berkongsi pandangan dan pengetahuan berkaitan pelaksanaan e-Pembelajaran di samping membuat penilaian kendiri terhadap institusi masing-masing dalam usaha memantapkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P & P).

Terdapat lapan penanda aras yang ditetapkan bagi teknologi P & P untuk dinilai oleh setiap institusi iaitu polisi institusi, perancangan dan penambahbaikan kualiti bagi integrasi teknologi, infrastruktur ICT, aplikasi berkaitan pedagogi, pembangunan staf / profesional, sokongan staf, latihan kepada pelajar dan sokongan kepada pelajar bagi mengaplikasi teknologi.

Penanda aras yang dibina adalah berasaskan kepada model yang ditetapkan oleh Australasian Council on Open, Distance and E-Learning (ACODE) iaitu sebuah organisasi bagi universiti-universiti yang terlibat atau berminat dalam pendidikan terbuka, jarak jauh, fleksibel dan berorientasikan e-pembelajaran.
Bengkel yang disertai oleh 20 IPTA, politeknik serta Asia E-University (AEU) ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik yang mewakili Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, KPTM.

Perwakilan membincangkan penanda aras IPTA mereka

Prof Amin berbincang dengan pasukan. Turur

Prof Dato Dr Zakaria menyampaikan cenderamata

Seriusnya..

PNIBP dan Mesyuarat MEIPTA

Wednesday, March 14, 2012

i-Ray UPSI Naib Juara KIK IPTA

Satu lagi kejayaan dicipta oleh UPSI amnya dan Pusat ICT khususnya apabila kumpulan i-Ray dinobatkan sebagai Naib Juara Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2012 yang diadakan di UIAM baru-baru ini. Kejayaan ini sememangnya amat membanggakan apabila kakitangan Pusat ICT yang baru pertama kali mewakili UPSI ke ICC berjaya memecahkan tradisi dengan membawa kejayaan berharga kepada universiti setelah 8 tahun pulang dengan tangan kosong.

Lebih manis lagi apabila fasilitator UPSI En Megat Azrin yang juga Ketua Unit Aplikasi Korporat Pusat ICT dinamakan sebagai fasi terbaik sepanjang kejohanan. Hadiah dan trofi disampaikan sendiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan. Juara pada malam itu adalah dari USM untuk kategori teknikal dan UKM untuk pengurusan.

i-Ray sedang beraksi sambil memikirkan apalah nak ditanya juri nanti

Control perut masing-masing:-)

Prof Taib dan En Azahar library hadir memberi sokongan

Wajah-wajah yang mengharap pada malam itu

Belum hadiah lagi, baru penghargaan je..rilek ok


En Megat : Tima kacih dato'. ehem2, tq gak gaji naik:-)   KSN : TQ TQ jugak, bila nk belanja aku?

Berbaloi 3 hari di UIAM

TQ bang juri..see u next year, next 2 years, next 100 yearsss..

Sunday, March 4, 2012

45% pengguna MyGuru memilih 'Rubah BerApi'



Rajah di atas menunjukkan pecahan browser yang digunakan untuk melayari MyGuru3 UPSI. Analisis ini dijana melalui aplikasi Google Analytics yang disetkan ke atas MyGuru3.

Hampir separuh dari pengguna MyGuru2 menggunakan browser open source iaitu Firefox manakala 26.23% pula menggunakan Google Chrome. Hanya 23% menggunakan IE manakala kurang 5% dikongsi oleh pelayar-pelayar lain seperti Opera, Safari dan lain-lain.

Pasti majoriti pelajar yang memilih FF atau Firefox mempunyai sebab tersendiri. Kelajuan surfing, atau muatturun, atau antaramuka yang lebih kemas dan teratur, saya sendiri pun tidak pasti. MyGuru3 telah dibuktikan boleh dibuka dalam apa saja pelayar, sesuai dengan sifat asasnya yang compatible, serta inter-operability.

Begitu juga Chrome, pastinya anda ada punya asas untuk menggunakannya berbanding IE. Ramai juga yang kata, Chrome laju dalam memuatturun berbanding FF atau IE. Tapi agak kureng, dalam menterjemahkan Javascript.

Oleh itu, bagi yang masih menggunakan pelayar lain, beralihlah kepada yang digunakan majoriti kerana mereka pasti punya alasan kukuh dalam berbuat demikian.

Pertarungan sedang rancak!


Pengajian pelajar Ijazah Sarjanamuda sudahpun masuk ke minggu ke 3. Apa yang pasti, segalanya telah rancak. Anda mungkin sudah menerima latihan, kumpulan pun perlu dibentuk, dan tugasan dan mula berlambak. Adat dalam pengajian, jika tiada tugasan bagaimana kita boleh menilai tahap ilmu yang kita terima.

Untuk pelajar PJJ pula, pastinya anda telah menerima tugasan dan forum atas talian melalui MyGuru3. Rajah di atas sahaja sudah cukup menggambarkan pelajar termasuk anda sedang rancak menggunakan MyGuru3. Penggunaan MyGuru3 pada masa sekarang terus meningkat sehingga 10 kali ganda berbanding waktu cuti pada bulan Februari.

Jika anda belum terima, jangan lupa emel pensyarah anda, takut mereka pula yang terlupa. Pelajar perlu terus mengikuti pengajian ini dengan konsisten dan sabar, kerana peluang sebegini tidak datang banyak kali dalam hidup kita.

Pelajar juga perlu sistematik dalam membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan kerja dan pengajian. Bak kata ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerak. Saya percaya dalam banyak hal, pelajar PJJ mempunyai kelebihan berbanding pelajar sepenuh masa. Antara yang ketara adalah faktor pengalaman kerana pelajar PJJ sedang belajar perkara yang mereka sedang atau telah praktikkan. Oleh itu, tidak ada sebab untuk berundur awal sedangkan hasil dari kejayaan memperoleh ijazah adalah jauh lebih besar berbanding pengorbanan untuk mendapatkannya. Teruskan dan jangan pandang ke belakang lagi!

Penyertaan MTE 2012 : MyGuru Cloud Raih Perak

PDF Print E-mail
Written by Eimiza Faisha Azmi   
Saturday, 18 February 2012 05:12

16 - 18 Feb 2012, PWTC,
Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menyertai Malaysia Technology Expo 2012, dengan 17 penyertaan dari beberapa Fakulti dan Pusat ICT. 3 Penyertaan dari Pusat ICT telah dipertandingkan iaitu, Online Smartcard Photo Uploader (e-UMPC), UPSI E-Learing In Cloud Computing Enviroment dan UPSI Mobile App. Pameran mendatangkan banyak manfaat kepada pusat ICT dengan kehadiran dan perkongsian maklumat pelbagai penyelidik dari dalam dan luar negara. Sekaligus membolehkan ICT bertukar pandangan dan maklumat teknologi-teknologi terbaru.



Penyertaan kali ini menyaksikan Pusat ICT berjaya merangkul 3 Pingat iaitu 2 Perak dari projek UPSI E-Learing In Cloud Computing Enviroment dan UPSI Mobile App manakala Pingat Gangsa dari projek Online Smartcard Photo Uploader (e-UMPC). Kejayaan ini amat membanggakan kerana kita bukan sahaja bersaing dengan penyelidik-penyelidik diperingkat kebangsaan tetapi juga antarabangsa.

MTE 2012 turut disertai oleh 550 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Tuesday, January 24, 2012

Selamat Tahun Baru Cina

Melayu, Cina, India,Kadazan,Iban dan lain perlu saling berterima kasih kerana membangunkan negara ini. Setiap orang ada bidang masing-masing dan tidak akan berjaya Malaysia ke tahap ini jika individu tersebut meninggalkan bidang mereka. Perpaduan antara bangsa ini seharusnya menjadi kebanggaan kita semua dalam memacu negara dan bangsa menjadi maju.

Kita tidak harus tunduk atau mudah terpengaruh dengan anasir jahat yang cuba mewujudkan sikap syak wasangka antara satu sama lain. Mereka akan sentiasa membangkitkan api perkauman demi survival politik mereka. Kita telah berada di alaf baru dan sebagai umat yang berfikiran terbuka dan matang, kita tidak patut terbelenggu lagi dengan pemikiran kolot yang menyebabkan bangsa dan negara mundur.

Terima kasih Ahmad, terima kasih Ah Chong, terima kasih Raju. Selamat Tahun Baru Cina!

Sunday, January 15, 2012

YBhg. Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa

Pasukan MyGuru Pusat ICT UPSI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa, Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris diatas kurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kedah Darul Aman (Darjah Setia DiRaja Kedah) sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Yang Ke-84  pada 15 Januari 2012.

Semoga pengurniaan ini meningkatkan lagi iltizam dan semangat YBhg. Dato' untuk menerajui UPSI ke mercu kejayaan.