Thursday, July 1, 2010

Bengkel E-Portfolio






Pagi tadi, PTPM telah selamat menganjurkan bengkel berkaitan E-Portfolio. Walaupun aturcaranya sampai ke petang, tetapi pensyarah kita begitu produktif sekali sehingga ia dihabiskan seawal jam 1.00 tengahari. Dari satu segi bagus juga, tak perlu le memerah otak sampai ke petang.

Projek EP ini nampak mudah dan straight forward kerana hanya mengambil data-data yang telah sedia dalam MySIS. Namun untuk menstrukturkannya agar sesuai dengan keperluan pelajar dan pensyarah yang agak sukar dan memerlukan sedikit 'perdebatan'. Saya sendiri pun dah rasa macam Speaker pulak yang mendengar dan menyimpulkan apa yang 'ahli parlimen' kita mahu.

Namun agak tertarik dengan pandangan seorang pensyarah yang menyatakan "dah kalau semuanya tarik, minggu depan pun sistem dah boleh pakai".

Pandangan saya, walaupun kita tahu data itu dah ada tapi tak semestinya ia setara dengan keperluan kita. Contohnya kita perlu membahagikan data ini kepada Latihan, Projek, Aktiviti Dalam Kelas dan Aktiviti Luar Kelas. Sedangkan data yang kita nak tarik hanya menyenaraikan aktiviti pelajar tanpa pengkelasan yang kita mahu. Ini yang menjadikan proses tarik data tidak semudah yang kita sangkakan dan kadangkala kajian mengenainya memakan masa yang lama dan melibatkan perbincangan pelbagai pihak.

Apapun modul EP ini dibina oleh Team MyGuru2 untuk menyediakan platform khas kepada pelajar mengurus segala fail berkaitan pengajiannya di UPSI. Ianya bukan sahaja berguna semasa mereka sedang dalam pengajian, tetapi juga setelah bergraduat untuk selama-lamanya. Harap bila ia telah dilarikan nanti, pelajar dapat memanfaatkannya dengan betul dan bersungguh sepertimana bersungguhnya kami menyiapkan modul ini.

Dijangka siap : akhir Julai 2010

Tuesday, March 9, 2010

Material Percuma dari MIT

Bila sebut MIT, bukan calang-calang universiti. MIT adalah istana ilmu terutamanya bagi bidang-bidang sains dan teknologi sebagaimana Oxford dengan bahasanya dan Harvard dengan Business nye.

Walaupun begitu, MIT tak kedekut dalam berkongsi sesetengah materialnya kepada semua secara online. Yang penting, ianya percuma walaupun jika dinilai cukup berharga kerana sesetengahnya datang dari tulisan penulis-penulis buku terkenal Engineering atau IT sendiri.

Mungkin sebab itu mereka terus maju dan maju kerana tak kedekut ilmu. Sinisnya, ramai pensyarah universiti termasuk UPSI suka bertanya, berapa universiti nak bayar jika letak nota dalam LMS atau MyGuru2.

Klik sini : http://ocw.mit.edu/OcwWeb/web/home/home/index.htm Macam-macam ada...

Wednesday, March 3, 2010

MEIPTA di UPSI
















Alhamdulillah, Persidangan meja bulat Majlis Pengarah E-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) kali ke-8 selamat diadakan di UPSI buat julung kalinya. Saya walaupun bukan sebagai AJK besar tumpang berbangga kerana sayalah yang mula-mula bersetuju untuk UPSI sebagai tuan rumah selepas ditanya Pengerusi, Prof Amin Embi.

Persetujuan saya disampaikan dengan keyakinan yang UPSI mampu melakukannya sekalipun menyedari ia bukan mudah. Beberapa universiti dari pantai timur terpaksa menolak menjadi tuan rumah kali ke-9 lantaran tiada bajet mencukupi dan infrastruktur yang mereka akui sendiri agak daif.

Persidangan kali ini lebih istimewa kerana turut dihadiri wakil dr KPT, Prof Majid Konting. Bos ICT memang mahukan kelainan dalam persidangan kali ini, kalau boleh we give 'em closer to nature. Ye lah, Tg Malim ni bukannya bandar besar, hotel 5 star pn tiada. Alang-alang, kami bawak je peserta menginap dalam hutan, nun di Sg Klah Hot Spring. Tapi ramai yang puji, tempat tu cantik dan makanannya pun boleh tahan. Lepas ni boleh bawa anak bini pulak..hehe

Tengahari esoknya pula boss order gulai ayam kampung, huh memang berasap le depa makan. Petangnya sebelum nak balik, Datuk VC pulak belanja pau Tg Malim yang famous tu. Saya yakin dengan kelancaran program dan kegembiraan yang terpacar di wajah masing-masing, majlis ini dianggap berjaya. Hiccup sikit2 tu biasalah ye, sabar ye Cik Fadzi...sibuk seminggu dua ni ye...

Wednesday, February 17, 2010

Game Masa Depan : Controllernya adalah KITA!

Untuk gamerz, anda mesti dah biasa sangat dengan Nintendo atau PS3. Di Malaysia, amat jarang kita dengar XBox digunakan walaupun jenama ini amat popular di US. Namun projek terbaru XBox di bawah Microsoft yang diberi nama 'Project Natal' ini pasti membuatkan anda teruja sejenak.

Game masa hadapan tidak lagi memerlukan joystick atau controller, kerana controllernya adalah anda sendiri. Ini bererti jika anda nak layan Street Fighter, anda kena berkarate macam Ryu atau Vega dalam game tersebut. Hmm menarik jugak, tapi tak penat ke?

Bukan setakat fighthing game sahaja, game racing, first person shoot mahupun sport game macam FIFA akan dikawal sepenuhnya oleh tubuh badan kita. Kena ada kemahiran gelecek macam Ronaldo C le jika nak main. He2. Inilah yang sedang dibangunkan oleh 'Natal' yang merupakan gambaran awal untuk game masa hadapan.

Mungkin 10 tahun lagi, mouse dan joystick akan jadi macam Floppy Disk sekarang. u Never know...

Thursday, February 11, 2010

Anda mahu jadi Petani atau chef?

Hmm..sukar nak buat pilihan. Tambah lagi jika kita memang tak berminat pun nak jadi kedua-duanya. Lebih memeningkan, apa perkaitannya dengan kehidupan kita? Kenapa perlu pilih antara Petani atau chef yang ternyata bukan bidang pilihan kita?

Sebenarnya opsyen ini ditujukan untuk pembangun perisian termasuklah perisian e-learning. Bagi petani, untuk mereka mendapat hasil tanaman, mereka perlu bajak tanah, buat pembetung, tanam benih, semai, baja, siram air dan sebagainya. Selepas berbulan-bulah, barulah mereka mendapat hasilnya perahan dari keringat dan kudrat sendiri.

Chef pula jika ingin menghasilkan makanan yang sedap (cth fetucini atau spaghetti) hanya perlu mengambil bahan-bahan yang dah sedia dalam dapur. Mereka tak perlu tanam sayur atau ternak ayam dan lembu seperti petani untuk memasak sepinggan spagetti. Hasilnya cukup menyelerakan dan mampu disiapkan dalam 20 minit sahaja.

Dalam dunia pembangunan perisian, pembangun perlu bijak menggunakan platform sedia ada untuk membangunkan sistem yang baru. Dalam erti kata lain, mereka tidak lagi perlu bermula dari 0 kerana ia tentunya akan melibatkan kos, tenaga dan masa yang lebih tinggi. Lebih baik gunakan apa yang sudah ditawarkan dalam dunia IT yang penuh dengan perisian, sumber rujukan, keratan kod, manual dan dokumentasi samaada open source atau propietary.

Oleh itu, sekali lagi, adakah anda mahu menjadi petani atau chef?

Server Overheat

Server boleh down akan pelbagai sebab, kerosakan litar, trip, bencana alam dan sebagainya. Namun mungkin ramai yang sinis jika dikatakan server juga boleh 'jatuh' disebabkan terlebih panas.

Itulah yang berlaku kepada MyGuru2 baru-baru ini apabila overheat kerana aircond di bilik server yang tidak berfungsi. Mengikut maklumat pakar (cewah..:-) ICT En Zaimi, server buatan Sun ni memang mudah down jika panas, sekaligus menyebabkan Adminnya juga panaaazz punggung! He3

Namun itulah realitinya sebuah teknologi, pasti ada kelemahan di sebalik kegagahan yang ditonjolkan. Kadang kala saya lihat sifat mereka ini pun seperti manusia. Merajuk apabila dikasari, dan terus pengsan kalau panas sangat! Huh

Tuesday, February 9, 2010

Jangan Mengkambinghitamkan Sistem

1. Sesebuah sistem berasaskan IT dibangunkan untuk mempermudahkan lagi proses kerja atau prosedur semasa yang dijalankan secara manual. Di UPSI jika kita lihat, satu demi satu sistem yang sebelum ini melibatkan penggunaan banyak kertas dan ruang akan diubah kepada sistem berkomputer yang lebih mudah, pantas, tepat dan jimat (untuk jangka masa panjang). Antara sistem tersebut adalah kewangan, cuti, tuntutan kerja lebih masa, perubatan, pemarkahan dan juga pembelajaran.

2. Namun di peringkat awal transisi daripada sistem manual kepada berkomputer, pastinya akan wujud masalah seperti tidak atau belum mesra pengguna, ketidaktepatan maklumat, kelembapan sistem dan yang paling atas, tidak tahu guna. Ini sebenarnya adalah perkara biasa.

3. Jika kita rujuk buku-buku teks IT dan SADM (System Analysis and Design Management) sekalipun, kita dapati fasa yang sukar ini tetap akan wujud dan pastinya mendatangkan 'rasa panas' bukan sahaja kepada pengguna malah kepada pembangun sendiri.

4. Lebih mengecewakan adalah ada antara pengguna yang mengambil kesempatan ke atas proses transisi ini dengan mennyalahkan 100% sistem berasaskan IT yang baru diinstal ini.

5. Mereka dengan sewenangnya akan menuding jari kepada sistem dan PICT jika kerja-kerja mereka lambat disiapkan atau tertunda dari tarikh sepatutnya. Contoh paling mudah di UPSI adalah kemasukan markah. Satu ketika dahulu, sesetengah pensyarah sangat suka menyalahkan sistem apabila mereka lewat masukkan markah pelajar. Antara alasan 'standard', sistem down semasa dibuka, slow, bila dah isi tak boleh klik Submit dan sebagainya.

6. Mujurkan bos Pusat ICT bijak (he3, bukan bodek tau, tapi kenyataan). Bos telah mengarahkan team server untuk melihat dan merekodkan sepanjang waktu log server untuk memastikan server down ataupun tidak. Alhamdulillah, server sentiasa up dan mampu beroperasi dengan baik.

7. Ramai juga pensyarah yang menghantar surat kononnya pada waktu sekian2, server down dan markah tidak dapat dimasukkan. Namun bos dengan bukti yang kukuh menunjukkan sistem ini tidak down pada waktu yang dinyatakan. Mungkin menyedari taktik ini tidak laku lagi, pihak ICT tidak lagi mendapat surat2 sebegini.

8. Tidak dinafikan, sistem pasti akan bermasalah pada waktu-waktu tertentu kerana walaupun ia mesin, tetapi tetap mempunyai limitation yang tidak dapat dielak seperti garbage full, power trip, over access dan sebagainya. Namun kita sebagai pengguna perlu lebih munasabah, dan tidak menjadikan sistem sebagai tempat meluahkan geram atau alasan untuk melepaskan diri.