Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semalam saya lihat ada lagi surat pelajar yang menyerang UPSI, kali ini datangnya dari pelajar PPG PJJ. Surat tersebut menzahirkan ketidakpuasan hati pelajar berkenaan kerana program PJJ dikatakan bercelaru dan tidak diurus dengan baik.
Sebagai pentadbir di UPSI tentunya kami agak terasa dengan 'pujian' sedemikian. Apa yang boleh dikatakan adalah program sebegini adalah pertama kali diadakan dan pastinya akan terdapat kelemahan di sana sini. Sedang UMS yang hanya mengurus 800 pelajar PJJ pun kelam kabut, inikan pula UPSI yang perlu mengkoordinasi 6800 pelajar dari 14 negeri.
Kualiti UPSI dalam mengeluarkan guru-guru berkualiti tidak boleh dipersoalkan kerana kami memang berpengalaman luas dalam bidang itu. Tetapi PJJ adalah kes berlainan kerana ini adalah pendekatan baru. Cara pengajaran dan pembelajaran jauh berbeza dan cabaran utama kami adalah bagaimana memastikan pelajar PJJ mendapat ilmu pengetahuan yang setara dengan pelajar sepenuh masa.
Tindakan pelajar berkenaan yang menghantar surat menyerang UPSI di dada akhbar ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakar, dan nyata tidak menguntungkan sesiapa. UPSI mendapat nama buruk dan pelajar juga akan memikul nama varsiti yang sama.
UPSI telah mewujudkan Pusat Pendidikan Luar (PPL) untuk menguruskan hal PJJ dan seharusnya pelajar membuat aduan atau mendapatkan nasihat di saluran ini.
Pastinya pelajar yang menghantar tugasan dengan betul akan mendapat markah yang lebih tinggi dari yang tidak menghantar tugasan atau silap menghantar tugasan. Sebab itu komunikasi dengan pensyarah amat penting untuk memastikan tiada salah faham berlaku.
Apapun, kepada lain-lain pelajar selain dari yang menghantar surat, UPSI telah mencuba yang terbaik bukan sahaja memastikan anda berjaya mendapat segulung ijazah, tetapi ilmu yang semantap dan secukupnya untuk bergelar guru siswazah yang cemerlang.
salam..
ReplyDeletemmg terkejut bila baca surat kat paper BH ari tu...tapi kan, sy nak quote ayat encik putra ni "komunikasi dengan pensyarah amat penting untuk memastikan tiada salah faham berlaku."..saya sokong komunikasi dengan pensyarah penting agar takde salah faham tapi saya ada baca luahan kawan2 yg bila derang call pensyarah, pensyarah tak jwb call, hntr msg tak reply, private msg tak reply, email tak reply..mcm mana tu? mgkin ada pensyarah yg mmg tak nk reply apa2..mcm sy alhmdulillah dpt pensyarah ok..private msg, email n fb pun dia reply...
harap semua mslh ada penyelesaian yg terbaik bgi semua pihak...dan harap juga sem seterusnya semua berjalan lancar :)
salam..
ReplyDeleteterima kasih atas keperihatinan pihak UPSI kepada kami.. moga pihak UPSI tidak jemu menunjuk ajar kami menjadi guru yang cemerlang dan terbilang.... buang yang keruh ambil yang jernih.. moga kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi..dan harapan kami moga dapat meneruskan semester dengan sempurna..
sekiranya pentadbiran berjalan dengan lancar pasti tiada yg mengeluh. diharapkan setia apa yg katakan menjadi 1 iktibar dan boleh menjadi suatu teguran serta menjadi panduan bagi menambagah baik pentadbiran...
ReplyDeletekekurangan yang berlaku sewajarnya diselesaikan secara berhikmah dan saya rasa tidak adil jika hanya menunding jari pada sebelah pihak. dalam hal ini saya kira kita semua perlu terus maju ke hadapan dan memperbaiki kepincang yang ada disamping mengubah minda untuk lebih berjaya di masa hadapan
ReplyDeleteBetul, memang pentadbiran harus diubah, dikemaskini dan ditambah baik. UPSI sentiasa komited ke arah itu. KIta insaf pelajar adalah pelanggan yang perlu diberi perhatian.
ReplyDeleteApa yang kadangkala mengecewakan adalah tindakan pelajar melaporkan ke dada akhbar, sedangkan saluran dalaman masih terbuka luas. Hal ini melibatkan persepsi. Persepsi ini amat penting bukan kepada staf atau pensyarah tapi kepada pelajar2 juga.
Ada saluran yang terbaik sebaliknya mensensasikan berita tidak mendatangkan kebaikan mana-mana pihak.
saya pun terkilan dengan kenyataan sebilangan rakan-rakan yang berbuat demikian. ya, sememangnya saluran yang terbaik ialah bawa berbincang dan berhubung. usaha dan usaha terus untuk dihubungi kan kita yang belajar kita kena berusaha dan berusaha tak kan nak semua percuma. Kita tahu UPSI berusaha sedaya mampu kerana inilah kali pertama UPSI menguruskan PPG PJJ sudah tentu ada kekurangannya. Tetapi bagi saya UPSI telah buat yang terbaik dan pada saya keupayaan para web masternya serta tutor UPSI adalah yang paling advance di antara institusi pengajian tempatan berhubung program PJJ. Tahniah UPSI, jadikan segala komen itu ke arah yang terbaik di antara yang terbaik.
ReplyDeletePada pendapat saya teguran yang membina bukanlah satu kesalahan cuma kalau kena pada tempat dan salurannya akan bertambah murni. Kita sebagai pelajar PPG PJJ kena la faham. Ini adalah program yang julung kali diadakan sudah pastilah ada kekurangan dan kelemahan. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Semoga profesion perguruan dapat ditingkatkan selangkah lagi melalui program ini. Banyak bersabar dan selalu menghubungi pihak UPSI jika ada perkara yang hendak dibincangkan jangan membuka pekung didada. Ibarat meludah kelangit nanti jatuh ke muka sendiri. Semoga UPSI terus cemerlang dan melahirkan guru yang cemerlang dan berakhlak mulia.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaya amat bersimpati dengan pihak UPSI, apatah lagi saya merupakan salah seorang pelajar PJJ UPSI. Sejujurnya saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan program yang banyak memberi manfaat kepada kami pelajar PJJ. Seharusnya kita perlu bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi bukan menuding jari mencari kesalahan orang lain .Setiap masalah ada penyelesaiannya. Teruskan usaha ini dan kita sama-sama perbaiki kelemahan yang ada. Tahniah UPSI teruskan usaha memberi ilmu dan kemahiran kepada kami...Hidup UPSI....