Thursday, June 4, 2015

MyGuru3 : Secebis senyuman

Salam 2 All

Hari ini 5 Jun 2015 adalah hari terakhir konvokesyen UPSI kali ke-17. Kali ini ianya melibatkan leboh 6000 pelajar PJJ Kohort 1. Rasanya sekejap saja masa berlalu. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana kelam kabutnya menguruskan pendaftaran dan latihan 6500++ pelajar PJJ yang pertama pada tahun 2011. Ini diikuti dengan capaian sistem yang sangat perlahan apabila semua pelajar secara serentak menghantar tugasan. Memang teruk, dengan emel, panggilan yang tak henti-henti. Bukan pelajar sahaja, sehingga NC dan TNCA pun masuk campur.

Namun kami bersyukur kerana kejadian tersebut menjadi satu 'turning point' yang penting dalam sejarah e-Pembelajaran UPSI iaitu penggunaan pengkomputeran awan (cloud computing). Maka lahirlah MyGuru3 yang se
penuhnya diletakkan dalam awan.

Menakjubkan apabila selepas itu, proses PNP pelajar PJJ tidak banyak mengalami masalah dari segi capaian. Buktinya adalah keratan akhbar ini. Di sebalik komen-komen dan kritikan yang diterima, tidak semestinya melalui Unit E-Pembalajaran tetapi juga Pusat ICT, kami rasa ia boleh menjadi secebis senyuman yang mekar sekurang-kurangnya untuk hari ini.

Keratan Berita Harian. Terima kasih BPG PJJ


Thursday, May 15, 2014

Joota

The Dark Knight Rises

Monday, February 17, 2014

Muka baru MyGURU3



Tada mempersembahkan banner baru MyGuru3.. harap dengan muka baru mendapat mood yang baru untuk memulakan sesuatu yang baru...

Sunday, November 10, 2013

Emas berkilauan di PECIPTA 2013

Dalam banyak-banyak ekspo dan pertandingan yang melibatkan pingat, PECIPTA antara yang paling sukar dan sengit. Pada 2011, dari 20 penyertaan UPSI, seorangpun tidak sangkut emas. Hanya berjaya peroleh 4 perak dan 5 gangsa termasuk sistem OBE dalam MyGuru2.

Namun nampaknya tahun ini juri lebih bermurah hati apabila hampir semua peserta tidak pulang dengan tangan kosong. ICT menghantar 'ayam tambatannya', projek Virtual Campus Learning System (VCLS) ke PECIPTA dengan harapan berjaya mengulangi kejayaan menggondol emas di edu-Ineri. Ternyata usaha dan komitmen semua ahli membuahkan hasil apabila UPSI berjaya menggenggam 6 emas termasuk projek VCLS.

Sembilan wakil UPSI mendapat pingat perak, manakala 8 lagi memperoleh gangsa. Tahniah sekali lagi kepada wakil ICT terutamanya CIO Tn Hj Nazri Md Saad, En Megat Azrin Ahmad, Pn Norazizah, En Ahmad Wiraputra Selamat, En Prabu Tharmalingam dan En Yunus Mustafa atas usaha dan kesungguhan melaksanakan projek ini.

Maaf kerana hanya sempat menangkap gambar booth ini sahaja. VCLS kanan sekali.

VCLS raih emas dalam Edu-Ineri 2013

Pertama kali dipertandingkan, Virtual Campus Learning System (VCLS) berjaya merangkul emas dalam Ekspo Penyelidikan dan Inovasi (Edu-Ineri) 2013 yang diadakan di UPSI 21-22 September 2013. VCLS adalah kombinasi 3 sistem pembelajaran dalam persekitaran awan di UPSI iaitu MyGuru, MobiLearn dan e-UMPC.

Tahniah diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mengharumkan nama UPSI dan Pusat ICT melalui projek ini. Mereka adalah CIO UPSI Tn Hj Nazri Md Saad, En Megat Azrin Ahmad, Pn Norazizah Othman, En Ahmad Wiraputra Selamat, En Muhamad Yunus Mustafa dan En Prabu Tharmalingam.

Setia menanti peminat!
Barang-barang jualan

Pn Murni begitu sibuk menerangkan apa itu VCLS
Ucapan Timbalan Menteri, Datuk Abu Bakar Mat Diah

VCLS

Akhirnya berjaya rangkul emas. TQ RMC

Saturday, October 6, 2012

i-Ray juara KIK Perak

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pusat ICT UPSI atau dikenali dengan nama i-Ray sekali lagi mencipta kejayaan penuh gilang gemilang apabila muncul juara Konvensyen KIK Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan pada 7 Oktober lalu. I-Ray menewaskan 20 pencabar lain yang terdiri dari badan-badan kerajaan di negeri Perak yang turut bersaing dalam kategori pengurusan dengan membawa tajuk "Kelewatan Pelajar Mendapatkan Kad Matrik semasa Hari Pendaftaran". Kejayaan membanggakan ini adalah yang kedua selepas mereka berjaya mengharumkan nama UPSI melalui projek yang sama apabila berjaya dinobatkan Naib Juara Konvensyen KIK IPTA 2012.

i-Ray juara Anugerah YAB Menteri Besar

Kemenangan ini membolehkan i-Ray memahat UPSI sekali lagi sebagai universiti yang menghasilkan pemenang serta dianugerahkan piala kemenangan serta anugerah YAB Menteri Besar Perak sebanyak RM5000.

Tahniah sekali lagi!

MyGuru dipilih AIM sebagai Projek Inovasi Negara

Sistem MyGuru dipilih oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) sebagai antara 7 projek inovasi terpilih negara sebagai perintis Peluang Perniagaan Inovasi (IBO) yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Tarikh pelancaran dijadualkan pada 10 Oktober 2012 di Lobi Parlimen Malaysia.

Peluang Perniagaan Inovasi ini akan ditawarkan kepada masyarakat perniagaan Malaysia dan pelaburpelabur secara bidaan kompetitif yang telus. Setiap IBO akan dinilai sepenuhnya oleh AIM yang menetapkan proses yang ketat dan menerusi pengajian akademik yang meluas bagi memastikan hanya inovasi dengan potensi pengkomersialan tertinggi akan diketengahkan.