Sunday, October 25, 2009

MyGuru2 juarai Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat Peringkat Negeri


Tahniah kepada Sistem Pembelajaran Elektronik MyGuru2 kerana telah berjaya mendapat tempat pertama Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat peringkat Negeri Perak. Anugerah telah disampaikan sendiri oleh Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada Hari Kualiti Sektor Awam Negeri Perak pada 22 Oktober lalu.

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada kerja keras dan penat lelah UPSI khususnya Pusat ICT dalam menjadikan sistem maklumat berkomputer sebagai medium perantara yang berkesan dalam meningkatkan produktiviti jabatan. Tanpa dapat dinafikan, era IT pada masa kini membutuhkan data yang lebih besar dan kompleks, sekaligus menyebabkan peranan komputer mendahului manusia dalam melaksanakan tugas.

Menyedari hakikat tersebut, MyGuru2 dibangunkan tidak lain tidak bukan bagi membantu pensyarah berinteraksi dengan pelajar dengan lebih mudah, cepat dan fleksibel. Nota dan kerja masih boleh diberi walaupun pensyarah tiada kelas, forum menjadi medan perbincangan dan perkongsian pendapat, kuiz atas talian bagi menggantikan penggunaan kertas dan ruang yang banyak serta banyak lagi kelebihan yang boleh digunakan oleh pelajar dan pensyarah melalui MyGuru2.

Insya Allah, dengan kemenangan ini, team MyGuru2 akan bekerja lebih kuat lagi dalam menjadikan MyGuru2 sebuah sistem yang benar-benar dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam meningkatkan prestasi masing-masing. Kita sekarang sedang merancang untuk membolehkan MyGuru2 boleh dilayari dengan lebih mudah pada mobile dan HP. Ini bertujuan memudahkan lagi pensyarah atau pelajar yang melayari WAP / 3G menggunakan MyGuru2.

Kita doakanlah yang terbaik untuk sistem-sistem kita demi kemajuan berterusan buat UPSI yang kita cintai.

Tuesday, October 13, 2009

17582 : Rekod Hits bagi MyGuru2


Sebelum ini, MyGuru2 pernah mencatat rekod capaian harian sehingga 10,000. Biasanya capaian harian MyGuru2 hanyalah 5000 ke 7000 sahaja. Malah, pada semester ini, kebiasaan tersebut menjunam sedikit kepada 3000-4000 sehari.

Namun semalam (13 Oktober 2009), MyGuru2 telah memecahkan rekodnya sendiri dengan hits 17,582. Nampaknya keupaayaan server MyGuru2 telah menerima ujian yang berat dengan menerima capaian harian yang agak banyak, dan ternyata masih mampu menerimanya tanpa down.

Sebab hits tersebut meningkat dengan mendadak, pastinya kerana pelajar sarjanamuda perlu mengisi Penilaian Pembelajaran secara atas talian kepada pensyarah-pensyarah mereka. Kaedah ini ternyata jauh lebih baik, murah dan menyenangkan dari pelajar terpaksa mengisi 5 atau 6 borang OMR setiap semester.

Wednesday, October 7, 2009

KEKELIRUAN SENARAI KUMPULAN KURSUS PENSYARAH DAN PELAJAR

Assalamualaikum

Pada waktu ini, pensyarah dan pelajar akan dapati terdapat pertambahan kumpulan di dalam kursus masing-masing. Kekeliruan tersebut berlaku kerana kumpulan untuk semester akan datang juga dipaparkan dan sedang diproses di dalam Sistem Maklumat Pelajar UPSI (MySIS). Oleh yang demikian, pensyarah dan pelajar tidak perlu risau tentang perkara ini dan tumpukan kepada kumpulan semester ini sahaja.

Untuk Penilaian Pembelajaran yang akan diadakan bermula 12 Oktober 2009, senarai kumpulan kuliah adalah mengikut maklumat dari MySIS.

Sekian, terima kasih.

Thursday, October 1, 2009

Testing Modul Survey

Testing modul Penilaian Pembelajaran telah diadakan ke atas beberapa kursus seperti TBE3013, TBT3013 dan TMP2023. Terima kasihlah kepada pensyarah-pensyarah yang sedia membuka kursus mereka untuk pengujian.

Setakat hari ini, respon yang diterima adalah lebih kurang 170 orang. Satu angka yang agak sedikit jika dibandingkan dengan jumlah pelajar subjek terlibat yang berjumlah lebih 500 orang.

Mohon untuk pelajar-pelajar yang terlibat menyertai soal selidik dan boleh e-mail saya (wiraputra@ict.upsi.edu.my) jika masih terdapat kekurangan yang perlu diatasi.

Monday, August 24, 2009

Soal Selidik Pensyarah

Sesetengah universiti seperti UTM telah menggunakan sistem online untuk pelajar menilai prestasi pensyarah. UPSI juga melalui MyGuru2 merancang perkara yang sama setelah menyedari keberkesanan, ketepatan serta kepantasan mendapatkan keputusan jika menggunakan sistem untuk penilaian pembelajaran.

Penggunaan OMR boleh diterima sekiranya pelajar benar-benar tahu siapa yang mengajar kuliah mereka. Mungkin itu tidak menjadi masalah. Tetapi siapa pula yang mengajar amali, tutorial? Maklumat sedemikian yang sering tidak tepat menyebabkan proses penilaian pembelajaran menjadi kabur dan seolah-olah tidak merujuk kepada pengajar yang sebenar.

Melalui online, kesemua maklumat seperti fakulti, kursus, kumpulan, pensyarah kursus, pensyarah amali, tutor dan semester akan dijana oleh sistem. Pelajar hanya perlu jawab sahaja tanpa perlu pensil 2B lagi. Proses pengiraan dan analisis juga akan menjadi jauh lebih mudah kerana akan dihasilkan secara automatik.

Hmm..bagus jugak projek ni..bila agak boleh siap? semester ini? semester depan? semester depan depan lagi? He3..tunggu..

Sunday, July 5, 2009

Memuat naik RI di MyGuru2

Kepada pensyarah baru yang ingin memuat naik RI di MyGuru2 berikut adalah penerangan ringkas bagaimana untuk memuat naik RI:
  1. Log masuk ke Kursus ('course')
  2. Pilih Panel kawalan ('Admin tool') di bahagian bawah menu Alatan Kursus ('Course tool')
  3. Pilih Tentang Kursus RI ('About the Course')
  4. letakkan RI mengikut kaedah sendiri samada salin dan tampal ('copy & Paste') atau secara sisipan fail ('Attach file')
  5. Jika terdapat sebarang masalah boleh merujuk kepada PTPM atau berhubung terus kepada Pusat ICT

Sesi baru Di UPSI

Salam kepada semua pengguna MyGuru2.kepada pelajar lama selamat kembali dan pada pelajar yang baru mendaftar selamat datang ke Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Bercuti - Jangan lupa terus MyGuru

Seronok lah pelajar UPSI dan universiti lain sebab cuti semester dah bermula. Lama jugak tu, hampir 2 bulan. Apapun team MyGuru nak ucapkan selamat bercuti dan jangan nakal2 sangat. Semoga bergembira dan selamatlah sampai UPSI sem depan (bagi yang tak habis lagi la).

Anyway, jangan pulak sampai akaun MyGuru tu berhabuk, ye la berbulan tak dijengok, dikemas, dibersihkan dsb. Kadang-kala ada juga pengumuman, nota kuliah atau fail-fail penting yang dimuatnaik oleh pensyarah time2 cuti ni.

Apa-apa hal pun, ilmu itu boleh ditadah bukan hanya ketika waktu kuliah, tetapi bila-bila sahaja walaupun cuti.

Sunday, May 3, 2009

Sila letak RI dalam About The Course

1. Banyak juga pensyarah yang kami perhatikan meletakkan Rancangan Pengajaran (RI) bukan di About The Course yakni tempat sepatutnya. Ada segelintir yang memuatnaiknya di Announcement, Lecture Notes malah di Assignments pun ada.

2. Walaupun pensyarah mungkin boleh memaklumkan lokasi RI tersebut kepada pelajar mereka, tetapi hal ini boleh mendatangkan masalah kepada admin untuk menganalisis % muatnaik RI per semester yang perlu dipersembahkan kepada TNC Akademik.

3. Hal ini seterusnya menyebabkan pensyarah berkenaan menerima surat Amaran atau tunjuk sebab walaupun mereka telah memuatnaik RI tetapi di tempat yang salah.

4. Oleh yang demikian, kami nasihatkan pensyarah memuatnaik RI di ruangan About The Course yang disediakan. Sebenarnya telah ada tutorial yang dianjurkan PTPM dan Pusat ICT tentang perkara ini, namun bagi yang tidak berkesempatan mengikutinya, bolehnya dapatkan manual pengguna dari butang Manual Bantuan (Help Manual) dalam MyGuru2.

Send Marks To MySIS

Team MyGuru kini sedang merancang untuk membolehkan markah dari Online Assessment, Assignment atau apa-apa sahaja kuiz yang dicipta, boleh dipindahkan ke MySIS dengan hanya sekali klik.

Pengguna boleh memilih kumpulan atau bahagian markah yang mana markahnya ingin diambil dari MyGuru.

Inisiatif ini untuk memudahkan lagi pensyarah memasukkan markah dalam MySIS selain sebagai platform alternatif bagi memasukkan markah final atau kuiz. Contohnya jika MySIS down, pensyarah boleh memasukkan markah ke dalam MyGuru terlebih dahulu sebelum memindahkannya ke MySIS setelah 'up' semula.

Modul ini mungkin boleh disiapkan sepenuhnya semester hadapan (paling lewat penghujung Jun 2009).

Monday, February 16, 2009

MyGuru2 Wiki dari Mediawiki

MyGuru2 Wiki adalah modul terbaru yang dimasukkan ke dalam Sistem Pembelajaran Elektronik MyGuru2.

Platform wiki ini diambil dari Mediawiki yang juga menyediakan platform untuk Wikipedia.

Konsep wiki ini amat mudah, sesiapa sahaja samada pensyarah atau pelajar boleh menyumbang idea atau pengetahuan atas tajuk yang diberikan tanpa had. Kita bebas menulis apa sahaja (pastikan yang ilmiah) ke atas setiap topik yang diajukan sehingga ia menjadi begitu lengkap dan tiada ruang lagi untuk diedit.

Inilah konsep yang diamalkan oleh Wikipedia sehingga ia menjadi rujukan jutaan pengguna Internet seluruh dunia dengan berbilion maklumat yang disediakan. Adakah anda fikir Wikipedia ini disediakan oleh 5 atau 10 orang sahaja? Dengan maklumat yang begitu lengkap dan terkini, diserikan lagi dengan imej, video dan carta-carta berkaitan, wikipedia sudah menewaskan buku ensiklopedia terbaik di dunia pun pada masa kini. Di sinilah, kecanggihan teknologi wiki diaplikasikan demi ketinggian ilmu umat manusia. Dan konsep wiki amat mudah, sesiapa sahaja yang bermaklumat tentang sesuatu perkara, boleh menyumbang dan jika didapati ada fakta yang salah, boleh diubahsuai dan diedit oleh sesiapa sahaja.

Menyedari hakikat ini, team MyGuru2 menyediakan kemudahan wiki untuk warga UPSI agar mereka boleh mengutarakan ilmu dan pendapat dalam usaha mencernakan minda dan membudayakan perkongsian ilmu bukan sahaja UPSI malah seluruh negara.

Mungkin ada yang terfikir, jika ia bebas, mungkin akan ada anasir yang meletak maklumat palsu, penghinaan, kutukan, hasutan dan sebagainya. Suka dijelaskan disini bahawa semua maklumat yang diterima boleh dijejaki siapa penulisnya siap dengan masa dan tarikh sekali.

Oleh yang demikian, sebagai pentadbir sistem, saya menyeru warga UPSI menggunakan kemudahan Wiki ini dengan baik dan penuh sahsiah agar ia mampu menjadi platform perkongsian yang dinamik, tepat, berwibawa dan boleh dipercayai.

Selamat ber 'wiki'

WELCOME TO MyGuru2 Admin Blog

Welcome, selamat datang, ahlan wasahlan ke MyGuru2 Admin Blog. Blog ini diwujudkan khusus oleh pihak admin MyGuru2 menyampaikan maklumat, berita atau panduan terkini khas untuk portal MyGuru2 Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Umum tahu bahawa MyGuru2 adalah portal e-pembelajaran kita bersama. Justeru pembangunan dan kemajuannya bukan hanya tertumpu kepada 3 atau 4 orang sahaja, tetapi semua daripada kita. Kita berperanan menentukan halatuju MyGuru2 demi kebajikan dan kemaslahatan kita bersama baik sebagai pendidik, pelajar mahupun kakitangan UPSI yang lain.

MyGuru2 kini sudah berusia 2 tahun di UPSI. Walaupun masih muda, ia perlu kelihatan lebih matang dan menarik demi memberikan yang terbaik kepada warga UPSI. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama memberikan pandangan dalam meningkatkan lagi prestasi serta peranan MyGuru2 sebagai LMS tunggal di UPSI.

Kami amat mengalu-alukan komen serta pandangan anda dan mahu agar blog ini menjadi medan komunikasi 2 hala.

Terima kasih.