Sunday, March 4, 2012

Pertarungan sedang rancak!


Pengajian pelajar Ijazah Sarjanamuda sudahpun masuk ke minggu ke 3. Apa yang pasti, segalanya telah rancak. Anda mungkin sudah menerima latihan, kumpulan pun perlu dibentuk, dan tugasan dan mula berlambak. Adat dalam pengajian, jika tiada tugasan bagaimana kita boleh menilai tahap ilmu yang kita terima.

Untuk pelajar PJJ pula, pastinya anda telah menerima tugasan dan forum atas talian melalui MyGuru3. Rajah di atas sahaja sudah cukup menggambarkan pelajar termasuk anda sedang rancak menggunakan MyGuru3. Penggunaan MyGuru3 pada masa sekarang terus meningkat sehingga 10 kali ganda berbanding waktu cuti pada bulan Februari.

Jika anda belum terima, jangan lupa emel pensyarah anda, takut mereka pula yang terlupa. Pelajar perlu terus mengikuti pengajian ini dengan konsisten dan sabar, kerana peluang sebegini tidak datang banyak kali dalam hidup kita.

Pelajar juga perlu sistematik dalam membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan kerja dan pengajian. Bak kata ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerak. Saya percaya dalam banyak hal, pelajar PJJ mempunyai kelebihan berbanding pelajar sepenuh masa. Antara yang ketara adalah faktor pengalaman kerana pelajar PJJ sedang belajar perkara yang mereka sedang atau telah praktikkan. Oleh itu, tidak ada sebab untuk berundur awal sedangkan hasil dari kejayaan memperoleh ijazah adalah jauh lebih besar berbanding pengorbanan untuk mendapatkannya. Teruskan dan jangan pandang ke belakang lagi!

No comments:

Post a Comment